Pelakon utama, drama Menjinak Ombak, Shukri Yahaya ditimpa kemalangan ketika menjalani penggambaran drama itu, semalam. Shukri tertikam tangan kanannya dan mengakui ia berlaku atas kesilapannya sendiri. Dipetik dari portal Media Hiburan, Shukri menceritakan serba sedikit kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 petang itu.
"Ini bukan salah sesiapa tetapi kesilapan saya sendiri apabila pisau
yang saya pegang tertikam tangan sendiri. Sepatutnya tikaman itu
dibahagian tepi tetapi ia terkena di bahagian pergelangan tangan kanan
saya. "Saya sendiri terkejut kerana tidak sangka ia tersalah tikam. Mujur
Abang Along (Along Kamaluddin) selaku pengarah dengan segera mengambil
baju dan mengikatnya tangan saya," katanya.
Shukri terus dibawa ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan. Bagi mengelakkan sebarang jangkitan kuman pada luka tersebut, Shukri akan menjalani pembedahan pada jam 3 pagi ini. Menurut nya lagi, selepas pembedahan dia diminta berehat selama tiga hari di hospital sebelum menjalani rawatan susulan. Selain Shukri, pelakon lain yang terlibat di dalam drama ini ialah Talha Harith dan Alex Yanz. sinarharian
-- Pengasas Ambank Group Mati Ditembak (Gambar)
-- Diana Danielle Dan Anaknya Berjemur Kerana Jaundice (Gambar)
-- Budak 3 Tahun Mati Dalam Kereta Ditinggalkan Lebih 5 Jam
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!