Adam berkata demikian ketika diminta mengulas tentang berita pernikahanya yang bakal diadakan pada Khamis ini di Jabatan Agama Islam Selangor pada pukul 10 pagi. Biarpun baru mengenali wanita tersebut pada pertengahan Julai lalu, Adam berkata, dia mula jatuh cinta dan ingin menjadikan Fiza sebagai isterinya yang sah. "Kami sebelum ini pernah berjumpa tetapi tiada apa-apa perasaan tapi selepas perubahan dia ke arah menjadi insan yang lebih baik saya mula rasa ingin mendekati dirinya. "Daripada beberapa pertemuan dengan dia, saya semakin suka dan jatuh hati sehingga melamarnya untuk dijadikan isteri yang sah," katanya.
Fiza yang kini sudah berhijrah dengan memakai tudung pernah berkahwin dan memiliki dua cahaya mata iaitu Ferra Aryana Ahmed Farriq, 3, dan Feeya Adyrra Ahmed Farriq, 2. Tambah Adam, walaupun pada awalnya ibu agak risau dengan status Fiza yang juga merupakan seorang selebriti, namun tanggapan itu mula berubah selepas kedua-duanya dipertemukan.
"Ibu saya mula-mula risau sebab takut Fiza tidak boleh terima keluarga kami, maklumlah kami bukan golongan kaya dan hanya tinggal di kampung. "Tapi selepas membawa Fiza bertemu dengan keluarga pada Hari Raya lalu, semua keluarga saya menyukai dia," katanya. Dalam pada itu, Adam berkata majlis pernikahannya akan dijalankan dalam keadaan yang sederhana yang hanya dihadiri kedua-dua belah pihak keluarga. Bagaimanapun, majlis persandingan masih belum ditetapkan. mstar
-- Pak Guard Skypark Ceritakan Kes Isteri Matyo (Video)
-- Pernikahan Fouziah Gous Dan Md Zhafran (Gambar)
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!