Seorang kakitangan Hospital Taiping yang menyerang pengarah hospital
tersebut dengan parang pada Mac lalu ditemui mati tergantung di
rumahnya. Sumber berkata, seorang rakan kepada Law, 53, cuba menghubungi
telefon bimbitnya kira-kira pukul 7 malam Selasa tetapi tidak berjawab.
Rakannya itu kemudiannya memasuki rumah Law di kuarters pekerja
hospital itu sebelum menemui mayat Law yang tergantung di tingkap. Law telah menetak Pengarah Hospital Taiping, Dr Mohd Yassim Abdul Rahman dengan parang dalam satu pertengkaran pada 5 Mac lalu. Serangan itu dipercayai berpunca daripada arahan perpindahan yang diterima Law.
Dr Mohd Yassim mengalami kecederaan serius dalam serangan itu dan dipindahkan ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut. Law kemudiannya didakwa dibawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana
cubaan membunuh dan dilepaskan dengan ikat jamin berjumlah RM10,000. Difahami, Law menerima rawatan perubatan baru-baru ini dan dimasukkan
ke wad psikiatrik minggu lalu sebelum dibenarkan keluar beberapa hari
lalu.
Rakan-rakannya berkata, Law kecewa selepas berpisah dengan isterinya
dan keadaan bertambah buruk apabila dia mengalami tekanan peraasaan
akibat kerjanya.
Mayat Law akan dibakar dan dikebumikan di Taman Peringatan Prestavest di Taiping pada Khamis. mstar
-- (Gambar) Pelajar Perubatan USM Risau 'Dibogelkan' Dlm Facebook
-- (Gambar) Seks RM10 Pelajar Sekolah 17 Tahun
-- Nur Fazira Saad Pengantin 12 Tahun Bercerai Sebelum Ulangtahun Pertama (Gambar)
-- Ayah Buat Seks Dengan Anak Mesej Lucah Tiap Kali Isteri Tiada Di Rumah (Gambar)
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!