Pages

Wednesday, December 25, 2013

Budak 4 Tahun Mati Disyaki Didera Di Pusat Jagaan (Gambar)

Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun meninggal dunia dipercayai akibat didera di pusat penjagaan di Kuantan, Pahang. Norain Natasyah Abdullah meninggal di Unit Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur pagi semalam selepas dihantar ibunya Zuraidah Jasman pada Sabtu lepas setelah mendapati anaknya mengalami sawan, tubuhnya keras dan tidak sedarkan diri.


"Doktor memberitahu keadaan Norain tenat selain otaknya tidak ada oksigen,"katanya yang telah berpindah ke sini. Beliau yang berpisah dengan suaminya berkata anak bongsu dari enam beradik itu dihantar ke pusat penjagaan itu bersama empat lagi anaknya selama tiga tahun. Zuraidah, 31, berkata abangnya pernah memberitahunya Norain sering dideraketika dihantar ke pusat penjagaan tersebut.

Jenazah kanak-kanak itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Salak Selatan petangtadi. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaankerana membunuh. "Bedah siasat yang dijalankan mendapati terdapat unsur jenayah dan kita akan buat tangkapan dalam masa terdekat," katanya. mstar

--  Video Lucah Guru Perempuan Dan Kekasih Didakwa Di Mahkamah (Gambar)
--  Isteri Aaron Aziz Bertudung Kerana Cerita Kiamat (Gambar)
--  Video Ikan Naik Ke Darat Di Tambisan Lahad Datu
--  Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)

No comments:

Post a Comment

Thanks For Your Sincere!!