Pages

Monday, December 2, 2013

Datuk Fauzi Shaari Meninggal Dunia Bekas Pengarah JSJ Bukit Aman (Gambar)

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Mohd Fauzi Shaari meninggal dunia akibat jangkitan pada hati dan buah pinggang di Hospital Selayang malam ini. Mohd Fauzi, 63, yang dimasukkan ke hospital itu sejak Rabu lepas, meninggal dunia pada pukul 8.17 malam di Unit Rawatan Rapi hospital berkennaan, menurut kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam laman Facebooknya.


Jenazah Mohd Fauzi akan dibawa ke rumahnya di No.7, Jalan 10/15, Seksyen 10, Shah Alam, Selangor dan akan dikebumikan esok di Tanah Perkuburan Seksyen 21 Shah Alam. Allahyarham yang berasal dari Larut Matang, Perak meninggalkan isteri Datin Fauziah Ngah Nordin serta empat anak lelaki.

Mohd Fauzi menyertai PDRM pada 30 April 1975 sebelum dilantik menjadi Ketua Polis Selangor pada 2003 dan kemudian dilantik sebagai Pengarah JSJ Bukit Aman pada 2005, sebelum bersara setahun selepas itu. sinarharian

--  Datuk Bukhari Che Muda Meninggal Dunia CEO TV Al Hijrah (Gambar)
--  Lelaki Tetak Pengarah Hospital Taiping Ditemui Mati Tergantung Di Kuarters (Gambar)
--  Kakak Dibunuh Ditemui Separuh Bogel Dua Adik Perempuan Turut Ditemui Mati Di Alor Senibong Kedah (Gambar)

No comments:

Post a Comment

Thanks For Your Sincere!!