Tidak sampai sebulan percintaan pasangan pelakon yang penuh dengan
kontroversi Johan Asari dan Lana Nordin menghangatkan industri hiburan
tanah air, namun hubungan itu dikhabarkan telah putus di tengah jalan. Memetik laporan portal berita hari ini, Johan menyatakan hubungannya
dengan pelakon itu telah putus secara rasmi sejak, kelmarin.
"Saya sebenarnya berat mahu melepaskan Lana. Tapi saya tidak mahu
menyeksanya. Lebih baik, kami berpisah daripada terus menyeksa hati dan
perasaan Lana," katanya. Dalam pada itu, pelakon sekuel filem Juvana itu turut menyatakan beliau
masih menyayangi Lana, namun terpaksa memilih keluarga ekoran tidak
mahu dianggap sebagai anak derhaka. "Saya minta maaf. Keputusan ini tentu melukakan hati Lana dan keluarga.
Tetapi saya terpaksa buat keputusan kerana tidak ada harapan kepada
Lana," ujarnya.
Sebelum ini, desas-desus keluarga Johan tidak merestui hubungan
percintaannya dengan aktres seksi itu telah tersebar di media sosial. Dalam perkembangan sama, Lana juga turut memberi respon tentang perkara tersebut. "Saya bukan bodoh, tiga hari bertemu terus dilamar sebagai isteri, boleh percayakah? "Saya beri Johan ruang untuk membuktikan janji dan ungkapan manisnya,
tapi nampaknya baru sebulan lebih Johan sudah mengaku kalah," katanya. Sementara itu, di akaun twitter Johan, peminatnya mula memberi kata-kata semangat kepada aktor tampan tersebut. sinarharian
-- Jururawat Mengaku Berkhalwat Dengan Suami Orang (Gambar)
-- Majlis Resepsi Fizo Omar Dan Mawar Di Butik Fareeda Pulau Pinang (Gambar)
-- Video Ikan Naik Ke Darat Di Tambisan Lahad Datu
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!