Pelakon Izara Aishah belum bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya
disebabkan beberapa syarat yang ditetapkan oleh kekasihnya jika mereka
mendirikan rumah tangga.
Izara, atau nama sebenarnya Izara Aishah Hisham 21, berkata, mereka
masih berbincang tentang perkara dan syarat-syarat tersebut termasuklah
dia perlu kurangkan kemunculannya di televisyen sebelum mengambil
keputusan untuk berkahwin.
"Dia memahami kerja dan kesibukan saya, namun dia tidak mahu saya
aktif berlakon dan kerap keluar televisyen selepas berkahwin nanti. "Dia juga sudah beritahu agar tidak berlakon adegan berpelukan dan
perlu balik rumah awal sebelum dia pulang daripada kerja," ujarnya.
Kata Izara, disebabkan syarat-syarat itu, dia meminta tempoh selama
tujuh tahun untuk aktif berlakon sebelum memutuskan untuk berumah
tangga. Izara turut tidak menolak kemungkinan akan mengundurkan diri daripada bidang lakonan selepas berkahwin kelak.
"Kalau diikutkan, dia mahu berkahwin tiga tahun lagi, tetapi tiga
tahun masih terlalu awal bagi saya dan banyak lagi yang saya belum capai
dalam industri ini. "Apa-apa pun bergantung kepada jodoh yang ditetapkan Allah, kami
hanya mampu merancang sahaja," katanya yang enggan mendedahkan identiti
lelaki tersebut. Izara turut bersyukur lelaki yang dikenali sejak tujuh tahun itu
sentiasa memberi sokongan dan berada di sampingnya dalam apa juga
keadaan. mstar
-- Drama Ammara Batrisya TV9 Lakonan Erra Fazira Umie Aida Dan Adi Putra
--
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!