Pelakon Lana Nordin meluahkan rasa sedih apabila dituduh menggunakan
ilmu hitam untuk memikat aktor Johan As'ari gara-gara aktor tersebut
telah melamarnya untuk dijadikan sebagai isteri dalam tempoh masa tiga
hari perkenalan. Lana, atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, 33, berkata, dia
terkejut apabila dituduh sebegitu kerana dirinya bukanlah seorang
pengamal ilmu hitam sebaliknya menyifatkan lamaran Johan, 27, itu adalah
jodoh yang ditentukan Allah S.W.T.
"Susah untuk terangkan situasi ini, saya anggap perkenalan dalam
tempoh tiga hari ini dan kemudian terus dilamar dianggap sebagai
pertemuan baik antara saya dan Johan. "Ini kerana saya mahu seorang lelaki yang menerima saya seadanya dan
kemudian membimbing saya mengubah diri ke arah kebaikan. Terkejut juga
apabila orang anggap saya gunakan ilmu hitam terhadap Johan. Itu adalah
tuduhan yang tidak masuk akal," katanya.
Menerusi sebuah laporan akhbar pada Khamis lalu, Johan yang sebelum
ini dianggap menjalinkan hubungan mesra dengan penyanyi Shila Amzah
dilaporkan telah melamar Lana untuk dijadikan sebagai isterinya selepas
tiga hari berjumpa. Pasangan itu bertemu ketika menjayakan sebuah program pada 18 Oktober
2013 lalu dan tiga hari kemudian, Johan terus meluahkan isi hati dan
hasrat beliau untuk memperisterikan aktres seksi itu.
Pada laporan tersebut, Johan berkata, dia percaya Lana adalah jodohnya yang dimohon ketika mengerjakan umrah pada April lalu. Dalam pada itu, Lana mengakui ibu kepada Johan yang dikenali sebagai
Datin Firdaus masih belum menerimanya sepenuh hati dan percaya,
perubahan diri yang dilakukan sedikit demi sedikit akan melembutkan hati
wanita tersebut. Sementara itu, Johan pula berkata, dia percaya, perubahan Lana untuk
menjadi seorang Islam yang baik pasti akan membuatkan ibunya menerima
wanita yang dicintai itu. mstar
-- Bapa Misha Omar Meninggal Dunia
-- Kakak Dibunuh Ditemui Separuh Bogel Dua Adik Perempuan Turut Ditemui Mati Di Alor Senibong Kedah (Gambar)
-- Nur Fazira Saad Pengantin 12 Tahun Bercerai Sebelum Ulangtahun Pertama (Gambar)
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!