Peguam Amiruddin iaitu Muhamad Hasif Hassan berkata, pegawai penyiasat wanita kes tersebut Inspektor Fergie Anak Dim dari balai polis di Johor dipercayai tidak telus menyiasat kes tersebut. Sehubungan itu mereka telah membuat aduan di bahagian tatatertib Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Jumaat terhadap pegawai itu bagi membolehkan pihak polis melantik pegawai penyiasat baharu.
"Pihak kami melihat Inspektor Fergie dipercayai menjalankan tugas siasatannya secara tidak profesional dan tidak telus. Lebih-lebih lagi kami melihat dia bergambar dengan Adi seolah-olah merupakan sebahagian peminat pelakon berkenaan. "Dan menerusi aduan tersebut, pihak kami ingin membuka kembali pendakwaan kes terhadap Adi selepas berasa tidak puas hati dengan keputusan NFA yang diberi," katanya pada sidang media khas yang diadakan di Hotel Concorde pada Jumaat.
Dalam pada itu, Muhamad Hasif berkata, pihaknya akan mengemukakan surat kepada Jabatan Peguam Negara Malaysia untuk meneliti pertuduhan yang mungkin lebih relevan daripada Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu melakukan gangguan seksual kepada Seksyen 498 Kanun Keseksaan - memikat wanita yang sudah bersuami.
Pada September lalu Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, didakwa menjalinkan skandal dengan isteri orang dikenali sebagai Nooraida Abdul Mutalib. Aktor itu disiasat polis selepas suami wanita berkenaan iaitu seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.
Akhbar melaporkan, pelakon KL Gangster itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan wanita terbabit walaupun baru seminggu berkenalan. Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu suami wanita itu.
Sementara itu, Amiruddin berkata, sejak kontroversi tersebut, dia mendapat pandangan negatif daripada rakan-rakannya yang menganggap dia tidak patut membantu isterinya menyelesaikan kes berkenaan. "Kawan-kawan dah benci saya kerana kes ini di mana sebagai suami saya tidak perlu membantu isteri yang membuat kesalahan. "Tetapi saya anggap setiap manusia melakukan kesilapan dan mereka ada peluang kedua untuk berubah, begitu juga dengan isteri saya. "Cuma, sudah alang-alang kes ini berjalan, saya akan teruskan sehingga ia membuktikan apa yang kami dakwa terhadap suspek (Adi) adalah benar," tegasnya. mstar
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- Ayu Raudhah Mengandung Anak Kedua (Gambar)
-- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!