Seorang guru penolong kanan dan kekasihnya yang merupakan warga Pakistan
dihadapkan ke mahkamah majistret Ayer Keroh, semalam atas pertuduhan
merakam video lucah di dalam sebuah rumah, November lalu. Tertuduh, Lizah Buang, 49 dan Muhamad Usman Ali Liqat, 27, bagaimanapun
mengaku tidak bersalah selepas mengangguk faham pertuduhan yang didakwa
ke atas mereka di hadapan Majistret, Mohd Firdaus Saleh.
Berdasarkan pertuduhan, Lizah dan Muhamad Usman didakwa bersama-sama
merakam video lucah atau yang bertentangan dengan kesopanan awam. Kedua-duanya didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di
Pangsapuri Bukit Beruang Utama kira-kira jam 8.30 pagi pada 16 November
2013.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 5(1)(b) Akta Penapisan Filem 2002 dan
dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman
denda antara RM10,000 hingga RM50,000 atau penjara maksima lima tahun
atau kedua-duanya sekali. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Norshazwani Ishak ketika pendakwaan
meminta mahkamah memberikan jaminan RM3,000 terhadap Lizah, namun
membantah jaminan terhadap Muhamad Usman yang merupakan warga asing.
Bagaimanapun, Lizah ketika rayuan memohon supaya jumlah wang jaminan
dikurangkan memandangkan dia menanggung enam anak serta suaminya yang
sakit dan tidak bekerja. Sementara itu, Muhamad Usman juga merayu supaya
dibenarkan jamin terhadapnya yang mempunyai isteri di Pakistan.
Selepas mendengar rayuan tertuduh, Mohd Firdaus kemudian membenarkan
Lizah diikat jamin RM2,500 sementara Muhamad Usman RM10,000 dengan dua
penjamin serta syarat melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan
sekali. Tarikh sebutan kes bagi lantikan peguam ditetapkan pada 23 Januari 2014. sinarharian
-- Nurul AF2 Menang Saman Fitnah Melodi TV3 RM250 Ribu Isu Nikah Di Siam (Gambar)
-- Aril AF Nikah Pramugari Puteri Erma Edlinda Di Wakaf Che Yeh 20 Disember (Gambar)
-- Ayah Buat Seks Dengan Anak Mesej Lucah Tiap Kali Isteri Tiada Di Rumah (Gambar)
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!