Rakaman video seorang pelajar kolej dibuli tersebar di laman sosial Facebook, sejak ia dimuat naik, pagi Sabtu. Video tersebut sebelum ini dimuat naik di YouTube, telah dibuang dari
oleh pengendali laman web video berkenaan atas kesalahan memuat naik
kandungan yang bercorak mengancam, buli atau menakutkan. Bagaimanapun video berkenaan, dimuat naik di Facebook dan tersebar secara meluas.
Rakaman video tersebut memaparkan, sekumpulan pelajar wanita sedang
membuli seorang pelajar perempuan yang merupakan penuntut sebuah kolej
swasta tempatan. Pelajar berkenaan dilihat diganggu oleh seorang wanita yang berpakain berwarna ungu yang menuduh mangsa telah mencuri wangnya. Mangsa mendakwa pelajar berkenaan mencuri duitnya kerana dia dilihat
seperti 'seorang pencuri' dan datang dari 'keluarga yang berkasta
rendah.'
Pada minit ke-16 klip video berkenaan, pembuli didengar menghina
mangsa dengan menggunakan bahasa lucah, menamparnya berulang kali serta
memukul dia dengan satu botol plastik kosong. Suspek juga dilihat menarik rambut mangsa. Sementara rakan-rakannya yang lain dilihat hanya ketawa
terbahak-bahak sambil merakamkan kejadian buli berkenaan dengan
menggunakan telefon bimbit.
Pada satu ketika, ketua kumpulan buli berkenaan mencari dilihat
mencari objek untuk memukul mangsa namun ia berjaya ditahan oleh seorang
pelajar perempuan lain. Insiden berkenaan dipercayai berlaku di bilik asrama kolej berkenaan. Ketua kumpulan berkenaan kemudiannya menelefon ibunya dan memberitahu situasi yang berlaku melalui pembesar suara.
Ibu pelajar berkenaan kemudiannya berkata kepada mangsa "Saya akan
tumbuk muka anda' dan "Saya akan dapat ke asrama dan mengajar anda di
sana". Mangsa yang tidak berdaya itu dilihat menangis dan akhirnya meminta maaf serta mengakui dia melakukan kesilapan. Walaupun mangsa memohon maaf, aksi dalam video berkenaan bertukar
ganas apabila seorang lagi pelajar yang memakai baju berwarna hitam
dilihat mula memukul mangsa.
Mangsa yang sebelum ini hanya berdiam diri, cuba melawan balik namun tidak berjaya. Rakaman video tersebut berakhir dengan adengan pembuli meningatkan
mangsa agar berhati-hati dan tidak bertindak di luar batasan kerana
akibatnya sangat buruk. mstar
-- Johan As'ari Kemalangan Kereta Remuk (Gambar)
-- Budak 30 Bulan Mati Selepas Terjatuh Banana Boat Di Pantai Purnama Port Dickson (Gambar)
-- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!