Bella Dally mengaku membuat keputusan untuk berhijab sejak Selasa lalu
dan langkah itu diharap tidak menyekat rezekinya dalam bidang lakonan. Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally, 24, berkata, dia sendiri
tidak menyangka melakukan perubahan itu kerana dia merasakan mungkin
berhijab selepas mendirikan rumah tangga.
"Sejujurnya, saya tidak ada apa-apa mimpi pun atau kisah di sebalik penghijrahan ini. "Tiba-tiba saja saya rasa seperti ingin bertudung dan saya juga tidak sangka akan 'berhijrah' secepat ini. "Cuma apa yang saya lakukan, sebelum bertudung saya mula memperkukuhkan
amalan solat saya serta mempelajari Islam dengan lebih mendalam.
Alhamdulillah keluarga dan peminat turut menyokong dengan perubahan
ini," katanya. Tambah Bella, dia juga tidak risau dengan peluang yang datang dalam
kerjaya lakonan selepas perubahan imejnya itu kerana baginya, rezeki ada
di mana-mana.
Dalam pada itu Bella berkata, dia juga sedang memikirkan konsep
penampilan atau imej yang ingin ditonjolkan kepada umum dengan melihat
gaya berfesyen selebriti-selebriti bertudung luar negara. "Buat masa ini saya cuma padankan baju-baju yang saya ada dengan gaya yang lebih sopan. "Apa-apa pun saya akan melakukan perubahan ini secara berperingkat," ujarnya.
Ditanya adakah perubahan yang dilalukam itu adalah disebabkan
perpisahannya dengan aktor Nazim Othman, kata Bella: "Siapa kata saya
dan dia (Nazim) sudah berpisah? Dia menyokong apa saja yang saya
lakukan. mstar
-- Mawar Isteri Fizo Omar Dihina Kerana Tudung Fareeda
-- Anak Che Ta Ammar Effendy Pilih Audi R8 RM660Ribu Hadiah SPM 9A (Gambar)
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
-- Puting Agnez Mo Tersembul Keluar Dalam Coke Bottle MV? (Gambar)
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!