Zam diumumkan sebagai juara program Skool of Lawak musim pertama yang berlangsung di Megastar Arena malam Jumaat. Kemenangan itu membuatkan Zam atau nama sebenarnya Muhammad Rizam
Zaaffar, 26, membawa pulang wang sejumlah RM100,000 berserta trofi.
Tempat kedua pula dimenangi oleh Fiza (Filzah Azmi), 25, dengan membawa pulang sebuah trofi berserta wang tunai RM50,000. Manakala tempat ketiga jatuh kepada One atau Mohd Hazwan Mohd Azani, 27, menerima hadiah wang tunai RM25,000 serta trofi.
Pengumuman itu dilakukan oleh pengacara program tersebut iaitu Jep (Sepahtu) dan Johan (Raja Lawak). Markah peserta diadili 70 peratus daripada panel penilai Prof Abdul
Razak Mohaideen, Mamat Khalid dan Datuk Rosyam Nor manakala 30 peratus
daripada undian penonton.
Selain Fiza, One dan Zam, tiga peserta lain yang beraksi di pentas
akhir ialah Mail atau nama sebenarnya Ismail Abdullah, 36, Azmi (Nor
Azmi Ibrahim), 39 dan Yus (Mohd Yusrishah Tapah), 25. Pada malam peringkat akhir menyaksikan para peserta diuji dengan tema
yang lebih mencabar iaitu tema bebas bersama artis jemputan, muzikal
dan komedi stand up.
Cabaran-cabaran tersebut memberi peluang kepada para peserta untuk
membuktikan kemampuan mereka bermain dengan set dan penggunaan pentas. Skool of Lawak disiarkan setiap hari Jumaat bermula pukul 10 malam, secara langsung menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134). mstar
-- Pernikahan Fizz Fairuz Dan Almy Nadia Di Balik Pulau (Gambar)
-- Murid Darjah 4 Tertusuk Besi Di Mulut Tembus Pipi (Gambar)
-- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)
-- Anak Ketua Pramugara MH370 Maira Elizabeth Terima Jersi Liverpool (Gambar)
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!