Arip diumumkan juara pada pertandingan Kilauan Emas musim keempat yang
diadakan secara langsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil. Arip atau nama sebenarnya Omar Sharif Mat Din sekali gus menerima hadiah
berupa wang tunai RM100,000, sebuah kereta Toyota Camry beserta trofi
dan pakej percutian ke Bali.
Arip turut menerima Anugerah Khas Juri sebagai menambat hati juri mengadakan persembahan terbaik. Dalam pada itu Zain atau nama sebenarnya Md Zain Ramli meraih tempat
kedua dengan membawa pulang RM50,000, sebuah kereta Toyota X Gear,
sebuah trofi dan pakej percutian ke Ho Chi Minh.
Manakala tempat ketiga diberikan kepada Ben atau Benasil Kudong,
menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM30,000, sebuah trofi, pakej
percutian ke Bandung. Ketiga-tiga peserta turut mendapat langganan majalah MIDI selama setahun. Hadiah disampaikan oleh pengurus saluran Astro Prima, Namanzee Harris
dan Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anuar
Salleh.
Markah peserta diadili 70 peratus daripada penilaian juri profesional
yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Ziana Zain, Datuk Hattan dan Jamal
Mirdad, manakala 30 peratus lagi berdasarkan undian Khidmat Pesanan
Ringkas (SMS) penonton. Pada peringkat akhir ini menyaksikan para peserta diuji dengan tema yang
lebih mencabar dima mereka perlu membuat sebanyak tiga persembahan
iaitu Solo, Medley dan Duet. Program yang dikendalikan oleh Raja Azura itu turut menampilkan
persembahan istimewa daripada Ella, Datuk M.Nasir, Mamat Khalid dan
Datuk Hattan. mstar
-- Farhan Dedah Gambar Dicakar Abby Abadi
-- Bihun Cap Masjid Guna Logo Halal Tidak Sah-JAKIM (Gambar)
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
-- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!