Naib juara Piala Malaysia 2013, Kelantan mencatat kemenangan pertama
dalam saingan Kumpulan C setelah membenam Pulau Pinang 3-1 di Stadium
Sultan Muhammad ke-IV di Kota Baru. Skuad 'The Red Warriors' membuka jaringan menerusi Ahmad Fakri Saarani
pada minit ke-10 selepas menerima hantaran kapten pasukan Mohd Badri
Radzi.
Francis Forkey Doe meledakkan gol kedua menerusi sepakan penalti pada
minit ke-21 selepas Ahmad Fakri dijatuhkan dalam kotak penalti oleh
pemain lawan, Fakhrul Radzi Yaacob.
Ahmad Fakri muncul wira apabila menghadiahkan gol kemenangan buat
pasukan tuan rumah pada minit ke-87 sementara Pulau Pinang meraih gol
tunggal menerusi Muhd Rafiuddin Rodin pada minit ke-59. Di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pasukan Johor Darul Ta'zim
(JDT) terikat seri tanpa jaringan menentang Angkatan Tentera Malaysia
(ATM).
Pahang mengukuhkan kedudukan carta teratas kumpulan A saingan Piala
Malaysia 2014 selepas mengalahkan kelab Singapura, Lions XII 2-1 di
Stadium Jalan Besar, Singapura. Kemenangan tersebut membolehkan skuad Tok Gajah kendalian Zainal Abidin
Hassan kekal berada di tangga teratas kumpulan dengan kutipan enam mata.
Dua gol Tok Gajah dijaring pemain import, Dickson Nwakaeme pada minit
ke-12 dan Mohd Fauzi Rozlan (87') manakala gol tunggal pasukan tuan
rumah disumbangkan Mohamad Faris Ramli pada minit penghujung perlawanan.
Dalam satu lagi saingan kumpulan A, Felda United menundukkan Johor Darul Ta'zim II 3-2 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. Skuad 'The Fighters' memperoleh jaringan menerusi Ahmad Syamim Yahya
pada minit kelima, Edward Junior Wilson (31') dan Shahrulnizam Mustapa
(69') manakala JDTII meraih dua gol melalui sepakan penalti oleh Mohd
Zaquan Adha (47') dan Shafiq Shaharudin (61'). mstar
-- Nora Danish Terperangkap Dalam Lif Hotel Legoland Sejam (Gambar)
-- Honda Jazz 2014 Harga Spesifikasi Dan Pilihan Warna (Gambar)
-- Pernikahan Imam Muda Naufal Dan YM Tengku Hasanah Di Taman Hillview (Gambar)
-- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!