Pembuat kereta terbesar dunia, Toyota pada Rabu mengeluarkan notis
global memanggil balik 1.75 juta modelnya yang diedarkan di seluruh
dunia berhubung komplikasi brek dan beberapa isu termasuk risiko
kebakaran.
Ini termasuklah jenama mewahnya, Lexus dan Crown Majesta. Sebahagian besar masalah pada bahagian brek ini dikenalpasti
melibatkan 802,000 model yang dihasilkan dari Jun 2007 dan Jun 2012
untuk edaran di Jepun dan China.
"Ini bukan bermakna brek tidak efektif ketika digunakan tetapi
prestasinya akan berkurangan selepas satu jangka masa tertentu," kata
Toyota dalam emelnya kepada seluruh pelanggan yang terlibat.
Sementara itu dalam isu yang berasingan sejumlah 759,000 model lagi
turut dipanggil balik termasuk model mewah Lexus dan Crown Majesta
kerana masalah yang baru dikenalpasti di paip saluran minyak yang
berpotensi mencetuskan kebakaran.
Model-model yang terlibat adalah keluaran antara Januari 2005 hingga September 2010. Separuh daripada jumlah yang dikenalpasti itu dijual di Amerika Syarikat manakala 109,000 lagi di Jepun. Untuk model yang diedarkan di Jepun ia adalah keluaran Oktober 2006 dan Oktober 2014.
"Walaupun risiko masalah ini baru dikenalpasti tetapi Toyota tidak
menerima laporan sebarang kebakaran, kemalangan, kecederaan atau maut
yang berpunca darinya," jelas Toyota. Empat bulan yang lalu, Toyota memanggil semula 2.27 juta modelnya di
seluruh dunia kerana kecacatan pembuatan yang akan menyebabkan beg angin
gagal berfungsi sekiranya berlaku kemalangan.
Dan sejak awal tahun ini, Toyota secara keseluruhannya memanggil
balik 11 juta kenderaan di seluruh dunia atas masalah-masalah teknikal
dan pembuatan yang baru dikenalpasti.
Ini termasuklah memanggil balik 1.9 juta unit Toyota Prius hybrid Februari lalu. mstar
-- Adib Datuk K Dilantik CEO Tune Studios (Gambar)
-- Cerita Sebenar Kemalangan Ngeri Terowong Menora (Gambar)
-- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)
-- Pelajar IPTA Tak Senonoh Dalam Bas Ditahan Polis
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!