Mahkamah Rendah Syariah Petaling diberitahu bahawa pasangan pelakon
Sari Yanti dan suaminya, Mohd. Edy Casmadi Che Hussain telah bercerai
secara tebus talak sebanyak RM10,000 di Mahkamah Syariah Seremban,
Khamis lalu.
Peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Edy Casmadi
memberitahu perkara itu kepada Hakim Syarie, Abd. Halim Abu Samah ketika
perbicaraan kes nusyuz pelakon itu.
Fakhrul Azman turut memohon perbicaraan
nusyuz itu ditangguhkan bagi membolehkan kedua-dua pihak mencari
penyelesaian secara baik berhubung kes itu. Sebelum ini Sari Yanti memfailkan tuntutan cerai di Mahkamah Rendah
Syariah Seremban, Negeri Sembilan mengikut Seksyen 47 Enakmen
Undang-undang Keluarga Islam 2003 pada 25 Februari lalu.
Manakala, Edy Casmadi kemudiannya memfailkan permohonan nusyuz ke atas
artis tersebut pada 7 Mac lalu di bawah Seksyen 60(2) Enakmen
Undang-undang Keluarga Islam 2003. Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 16 Januari 2009
dan dikurniakan dua anak lelaki, Barr Al-ly, 4, dan Basit Al-Haq, 2. mediahiburan
-- Vie Santie Isteri Eizlan Yusof Fail Pengesahan Lafaz Cerai (Gambar)
-- Terkini Banjir Di Kelantan Bertambah Teruk 3811 Mangsa Dipindahkan (Gambar)
-- Asmaa Aljuned Isteri Allahyarham Ahmad Hakimi MH17 Buka Boost Juice Di Cyberjaya
-- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!