Perkahwinan Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dengan Raja
Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim berakhir hari ini selepas pasangan
itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah.
Raja Ahmad Shahrir, 36, ketika melafazkan cerai itu dengan lancar dan
tenang berkata, "Saya Raja Ahmad Shahrir Iskandar dengan ini menceraikan
isteri saya, Nurul Izzah Anwar dengan talak satu mulai hari ini".
Nurul Izzah, 35, yang berdiri di sebelah peguamnya Nor Mawaddah Ramli
kelihatan serius dan tenang selepas Raja Ahmad Shahrir melafazkan cerai
itu. Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain membenar dan mensabitkan jatuh talak
satu, kali pertama selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk bercerai
secara bersama.
"Selepas mendengar lafaz cerai dari pihak defendan (Raja Ahmad Shahrir)
mahkamah berpuas hati bahawa lafaz tersebut adalah benar dan memberi
kesan kepada ikatan perkahwinan. "Mahkamah dengan ini mensabitkan jatuh talak satu kali pertama mulai
hari ini, jam 4.17 petang ini, ke atas Nurul Izzah Anwar selaku
plaintif," katanya yang turut memerintahkan Nurul Izzah beriddah tiga
kali suci.
Terdahulu, peguam Azmi Mohd Rais yang mewakili Raja Ahmad Shahrir,
memberitahu mahkamah bahawa, kedua-dua pihak bersetuju sekiranya mereka
berkahwin lain, hak penjagaan anak tertakluk mengikut Seksyen 82 dan
83(a). Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. Seksyen itu menyatakan sekiranya isteri berkahwin dengan lelaki lain,
hak penjagaan anak-anak boleh diserahkan kepada pihak suami.
Semasa ditemui media di luar mahkamah, Raja Ahmad Shahrir kelihatan
sebak ketika diminta mengulas mengenai pengakhiran perkahwinannya dan
berkata "sila bercakap dengan peguam saya". Nurul Izzah pula pada mulanya enggan memberikan sebarang komen tetapi
kemudiannya berkata "Thank you for respecting my privacy" (Terima kasih
kerana menghormati privasi saya).
Azmi memberitahu media bahawa kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak
membuat tuntutan mutaah (bayaran saguhati wajib untuk isteri yang
diceraikan), iddah dan harta sepencarian tetapi pihak defendan bersetuju
untuk membayar nafkah kedua-dua anak sebanyak RM1,500 sebulan.
"Mengenai hak penjagaan terhadap kedua-dua anak; telah dipersetujui
secara bergilir iaitu kedua-dua anak tersebut akan bersama dan bermalam
dengan plaintif bermula pada hari Isnin, jam 8 malam sehingga Jumaat jam
6 petang. "Manakala anak-anak tersebut akan bersama defendan bermula hari Jumaat jam 6 petang sehingga Isnin, jam 8 malam," katanya.
Selain itu, kedua-dua pihak bersetuju bahawa cuti perayaan Hari Raya
Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha bersama anak-anak adalah secara
bergilir tahun. Bagi Hari Raya Aidilfitri tahun 2015, kedua-dua anak tersebut akan
bersama dengan plaintif pada malam hari raya sehingga petang hari raya
ketiga. Defendan boleh mengambil kedua-dua anak tersebut pada petang hari raya ketiga di rumah plaintif.
Nurul Izzah, anak sulung ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim,
memfailkan permohonan cerai pada Dis 2013 mengikut Seksyen 47 Akta
Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. Seksyen itu menyentuh pembubaran perkahwinan yang memperuntukkan perceraian dengan talak atau dengan perintah mahkamah. Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar berkahwin pada 9 Mei 2003
dan dikurniakan seorang anak perempuan, kini berumur lapan tahun, dan
seorang anak lelaki kini berusia lima tahun. mstar
-- Kemalangan Bas Terbakar Di Tapah 8 Rentung 21 Cedera (Gambar)
-- Asmaa Aljuned Isteri Allahyarham Ahmad Hakimi MH17 Buka Boost Juice Di Cyberjaya
-- Surat Perjanjian Perceraian Nurul Izzah Dan Raja Ahmad Tersebar Di FB (Gambar)
-- Saya Tiada Anak Bernama Chacha - Ismail Embong (Gambar)
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!