Pages

Friday, April 10, 2015

Johan Cium Mulut Ozlynn Di ABPBH 2014 Dikritik Peminat (Gambar)

Ketika diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Penyampai Radio Lelaki Popular bagi Anugerah Bintang Popular BH 2014 (ABPBH 2014) Johan secara spontan telah mencium bibir isterinya, Ozlyn sebelum naik ke pentas menerima trofi kemenangannya.


Tindakan yang dilakukan oleh Johan walaubagaimanapun telah mendapat pelbagai komen di laman sosial. Ada yang tidak kisah dengan tindakan mereka, tapi ada juga yang mengkritik hebat.

Saya rasakan tidak boleh bercium di tempat awam jika belum berkahwin. Untuk saya tiada masalah, kerana saya sudah berkahwin. Dia isteri saya, apa-apa perkara yang terjadi, dia orang pertama yang akan tahu. Dialah orang pertama yang saya harus sambut bersama jika saya memperoleh apa-apa kejayaan," kata Johan.

Saya akan berada 24 jam bersama dia, jadi jika saya rasa gembira atau sebaliknya, saya akan pandang dia. Saya beri contoh, jika saya makan burger, jika saya rasa ada bahagian burger yang saya sedang makan merupakan bahagian yang paling sedap, saya akan berikan kepadanya. Saya memang kongsi semua perkara dengan dia," ujarnya.

-- Video Gadis Myvi Mengamuk Maki Orang Tua Viral Di Media Sosial (Gambar)
-- (Gambar) Perkahwinan Rabecca Nur Al-Islam Dan Nur Azam Datuk Sulaiman
-- Pernikahan Imam Muda Naufal Dan YM Tengku Hasanah Di Taman Hillview (Gambar)
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
-- Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana

No comments:

Post a Comment

Thanks For Your Sincere!!