Pages

Friday, August 27, 2010

Biar Betul - Ahli Politik Wanita Bukan Islam Dijemput Beri 'Tazkirah' Dlm Surau?

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan mengambil tindakan tegas terhadap Jawatankuasa Surau Al-Huda, Kajang Sentral sekiranya didapati benar mengundang ahli politik daripada kalangan bukan Islam untuk mengadakan majlis serta menyampaikan ceramah dalam dewan solat surau berkenaan, 22 Ogos lalu. Pengarahnya, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, amaran itu diberikan kerana tindakan membenarkan orang bukan Islam sama ada ahli politik dan sebagainya memasuki ruang solat adalah tidak dibenarkan sama sekali dan menyalahi dari segi hukum.

TEO NIE CHING (foto) menyampaikan ‘tazkirah’ di Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Kajang, Ahad lalu sambil diperhatikan oleh salah seorang ahli jawatankuasa surau tersebut.

Ia kerana katanya, orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki dalam masjid dan surau apatah lagi di ruang solat utama kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid. “Orang bukan Islam adalah dilarang memasuki ruang solat kerana mereka ini dalam berkeadaan hadas besar apatah lagi berada di bahagian imam dan menyampaikan ucapan kepada umat Islam di dalamnya.- Baca SINI

No comments:

Post a Comment

Thanks For Your Sincere!!