Kerajaan akan membayar Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada lebih 1.24 juta petugas awam pada 1 September ini. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan berkata,  pembayaran bagi pesara melalui sistem pembayaran melalui bank pula akan  dilakukan pada 6 September manakala bagi pesara yang dibayar melalui  waran akan diposkan sebelum tarikh tersebut.
Jabatan itu berkata, pegawai yang layak terdiri daripada pegawai  tetap, sementara, sangkut, sambilan, kontrak, guru sandaran dan pegawai  yang bercuti separuh gaji.
Rabu lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan  kerajaan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai  tanda keprihatinan dan penghargaan terhadap sumbangan pegawai dalam  pembangunan negara. - kosmo
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!