Ibu kepada pelakon popular Diana Danielle, Norsiah Ramli menjelaskan bahawa keengganan Diana memakai baju rekaan Ezuwan Ismail pada malam Festival Filem Malaysia Ke 23 (FFM23) kerana baju tersebut membuatkan dirinya kelihatan berisi.
Dalam laman sosial Facebook milik Norsiah juga memberitahu bahawa pelakon filem Magika itu berasa sangat kecewa dan telah meminta maaf kepada pereka fesyen tersebut. "Dalam Utusan pula ada berita tentang D (Diana Danielle) yang tidak nak pakai baju designer. Baju abang dia, Ezuwan.
Sebenarnya Diana merasa baju tersebut membuat dia berasa dan kelihatan sangat gemok. Diana sangat kecewa dan menangis. "Ezuwan pun berada disisi Diana masa itu, Diana cakap sendiri pada Ezuwan dan dia minta maaf sendiri. Mama pun bergegas mencari pengganti dan malam tu Diana di sponsor oleh Calvin Too," tulis Norsiah seperti pada status Facebook miliknya, pukul 2.56 petang, Ahad.
Bagaimanapun, menurut Norsiah, tiada apa yang perlu dibesarkan lagi kerana perkara tersebut telah diselesaikan secara baik. "Pada mama, Diana dan Ezuwan, hal ni sudah selesai. Tak ada apa yang hendak di pertikaikan lagi. Mama pun sayang Ezuwan dan doakan dia berjaya menjadi salah seorang pereka fesyen yang terunggul di Malaysia. Amin.
"Pada Calvin, mama ucapkan terima kasih yg tidak terhingga, kerana meminjamkan baju kepada Diana pada saat-saat akhir," tulisnya.
Terdahulu, sebuah akhbar mingguan keluaran Ahad telah menyiarkan sebuah artikel berhubung sikap pelakon Diana Danielle yang membatalkan hasrat untuk mengayakan baju seorang pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail setelah baju tersebut siap dibuat mengikut citarasanya.
Sementara itu, Ezuwan ketika dihubungi enggan memanjangkan perkara ini dan menganggap ia sebgaai pengajaran agar lebih berhati-hati selepas ini.
"Pada mulanya semua pihak sudah bersetuju dengan rekaan tersebut, malah Diana beberapa kali mengirimkan gambar rekaan yang dia mahu kepada saya. "Bagi saya ia mengikut apa yang telah dimintanya namun apabila semuanya sudah siap, dia pula berasa pakaian itu tidak sesuai dengan usianya," ujar Ezuwan. - mstar
nasiblah abg sendiri yg buat tu...kl pereka lain dah kena terjah dah dgn melodi..hihihih
ReplyDeleteMacam2 la...hi3
ReplyDelete