Pages

Wednesday, December 22, 2010

Bekas Suami Daphne Iking Mengaku Jalin Hubungan Dengan GRO Sebulan

Bekas suami Daphne Iking, Ryan Chong Yiing Yih mengaku jalin hubungan dgn GRO di Shanghai China selama sebulan semasa isterinya itu sedang mengandung.


- Bekas suami kepada Daphne Iking mengakui bahawa beliau ada menjalin hubungan bersama seorang pegawai perhubungan pelanggan (GRO) di Shanghai, China semasa model dan pengacara The Breakfast Show itu sedang mengandung.

Ryan Chong Yiing Yih, 32, menambah, dia mengenali wanita bernama Serena semasa berkunjung ke sebuah pusat karaoke di Shanghai dan hubungan tersebut berlaku selama kira-kira sebulan sebelum beliau membuat pengakuan kepada Daphne.

“Saya membuat pengakuan kepada Daphne untuk memohon maaf pada waktu pagi, Julai 2007 di rumah orang tua saya. Daphne memaafkan saya,” tambah Ryan yang disoal oleh peguam Datuk Jagjit Singh. Ahli perniagaan yang memberi keterangan di Mahkamah Majistret, bagaimanapun menafikan pengakuan itu dibuat ekoran keadaan Daphne yang sedang mengandung mahupun kerana Serena telah menulis mengenai hubungan itu di dalam blog milik heroin filem Belukar itu.

“Saya bukan lelaki sempurna. Saya melakukan kesilapan pada masa lalu. Saya rasakan perbuatan tersebut salah dan perlu untuk memberitahu dan memohon kemaafan daripada Daphne. Saya membuat pengakuan kerana dia isteri saya,” katanya. Lelaki yang bertubuh besar itu sedang disoal balas oleh peguam Datuk Jagjit Singh yang mewakili Bekas Pengarah Urusan Adidas, Darren Choy Khin Ming, 45, yang sedang dibicarakan atas tuduhan memikat Daphne semasa masih berstatus isteri.

Selain itu, Ryan juga menafikan ada mengambil gambar bersama Serena dalam keadaan intim dan juga menafikan telah berjanji untuk mengahwini Serena. Beliau juga menafikan telah ke Shanghai pada 18 Julai 2007 untuk menamatkan hubungan itu. Sebaliknya, tujuan ke Shanghai adalah untuk menghantar notis peletakan jawatan (semasa itu beliau bekerja di sebuah syarikat hartanah China) bagi menyelamatkan perkahwinan yang dibina pada 27 Januari 2007 di Bali, Indonesia.

Beliau juga menafikan kenyataan Jagjit bahawa beliau telah menawarkan wang ¥2,000,000 (RM94,2422.6534) kpeada Serena sebagai dorongan untuk menutup mulut mengenai hubungan singkat mereka. “Saya tidak mempunyai ¥2,000,000,” tambahnya.

Pada keterangan lain, Ryan menafikan bahawa beliau adalah seorang yang tamak apabila menghantar notis tuntutan bertarikh 17 Oktober 2008 sebanyak RM5 juta daripada Darren yang kemudiannya dikurangkan menjadi RM2.5 juta selepas mengadakan perbincangan.Wang tersebut didakwa sebagai penyelesaian untuk beliau tidak membawa perkara tersebut ke mahkamah.

Ryan turut menghantar notis tuntutan terhadap Daphne atau nama sebenarnya Daphne Eleanor Iking, 31, menuntut bayaran sebanyak RM1 juta. “Wang tersebut kerana dia mengandungkan anak orang lain semasa kami masih berkahwin dan selepas anak tersebut lahir (Isobel Daniella, 2 tahun) dia masih menyembunyikan perkara itu,” katanya. Ryan juga bersetuju Isobel tidak patut menderita dalam petelingkahan yang berlaku antara beliau dan bekas isterinya namun tidak bersetuju bahawa kes di mahkamah akan memusnahkan masa depan Isobel.

Terdahulu, Ryan memberitahu, beliau dan kawan baiknya, Harold Tan dan Jason tidak berkunjung ke kelab malam dan jarang ke karaoke kerana Jason enggan menyanyi. “Saya suka bermain poker tapi saya tidak berjudi,” tambahnya. Mengenai keluarganya, Ryan memberitahu beliau akan mengatakan mereka bukanlah daripada keluarga kaya-raya kerana pada pendapatnya, mereka yang kaya-raya akan memiliki sebuah jet peribadi.

Ryan sedang memberi keterangan terhadap Darren yang dinamakan sebagai defendan dalam saman peribadinya kerana didakwa memikat Daphne yang semasa itu masih berstatus isterinya. Darren didakwa melakukan kesalahan itu dengan niat supaya Daphne atau nama sebenarnya Daphne Eleanor Iking, 31, melakukan persetubuhan yang ditegah dengannya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di B-13-2, The Plaza, Jalan Wan Kadir 3, Taman Tun Dr Ismail, di sini, antara Julai 2007 dan September 2008. Darren dipercayai merupakan individu pertama yang didakwa mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jka sabit kesalahan.

Selain Jagjit, Darren turut diwakili oleh peguam Akbardin Abdul Kader manakala Ryan diwakili peguam Wong Kian Kheong. Perbicaraan yang didengar di hadapan Majistret Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah bersambung 4 Mac depan. mstar

-- Bekas Suami Daphne Iking Tak Mengaku Isobel Anak Kandungnya
-- (Gambar) Seks RM10 Pelajar Sekolah 17 Tahun
-- (Gambar) Pernikahan Marion Rose Caunter dan SM Nasarudin SM Nasimuddin  
-- Nadia Annuar TV3 Putus Cinta Sammy Simorangkir Kerispatih Kerana Perbezaan Agama (Gambar)

2 comments:

Thanks For Your Sincere!!