Seramai 23 pramugari warga Malaysia yang bekerja dengan sebuah syarikat penerbangan yang berpangkalan di Jeddah, Arab Saudi didakwa hidup dalam kesempitan dan terabai di negara itu sejak empat bulan lalu. Semuanya gara-gara syarikat penerbangan berkenaan gagal melunaskan gaji mereka sejak April lalu sehingga semua pramugari tersebut terpaksa hidup di Jeddah dengan menggunakan duit simpanan sendiri.
Lebih menyedihkan apabila ada antara pramugari terbabit yang selama ini menghantar wang pulang ke Malaysia bagi menanggung kehidupan keluarga dan belanja sekolah adik-beradik di sini tidak lagi dapat berbuat demikian. Mujur nasib mereka mendapat perhatian Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO yang berusaha menyelesaikan kemelut yang melanda pramugari terbabit.
Pengerusinya, Datuk Muhd. Khairun Aseh berkata, pihaknya telah memberi notis kepada syarikat penerbangan tersebut supaya menyelesaikan segera tunggakan gaji pramugari warga Malaysia terbabit dalam tempoh tujuh hari.
“Syarikat penerbangan itu tidak membayar gaji mereka sebanyak SAR$5,000 (RM4,046) sebulan serta pelbagai elaun yang dijanjikan dalam kontrak pekerjaan. “Kita beri masa tujuh hari mulai hari ini (semalam) supaya tunggakan dilunaskan dan jika mereka enggan, kita akan berusaha membawa pramugari terbabit pulang ke pangkuan keluarga memandangkan kontrak telah dicabuli,” katanya. kosmo
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!