Norshahrul Idlan Talaha pastinya menjadi pemain paling lega di atas padang ketika Norfadly Alias gagal menyempurnakan penalti penentuan yang menyaksikan T-Team tersingkir dari Piala FA dan Kelantan mara ke pusingan kedua dengan keputusan 6-5 selepas permainan 120 minit terikat 1-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam td.
Norshahrul, pemain yang menyerlah pada Piala AFF Suzuki bersama skuad kebangsaan, gugup ketika mendapat peluang lebih awal untuk menjamin laluan The Red Warriors ke pusingan seterusnya apabila sepakannya pada detik terakhir 90 minit melepasi palang.
Namun Norshahrul menebus kesilapannya ketika mengambil sepakan pertama pada penentuan dengan kedua-dua pasukan masing-masing menyempurnakan sepakan terakhir sehingga Norfadly melakukan kesilapan apabila sepakannya melambung tinggi.
Sebelum itu, Mohd Rizal Fahmi membuka jaringan pada minit ke-52 apabila menanduk masuk sepakan sudut Mohd Nurul Azwan Roya tetapi selang sembilan minit, Indra Putra Mahayudin meledakkan rembatan kaki kanan ke penjuru atas gawang selepas menerima hantaran lintang Shamsul Kamal Mohamad dari kiri untuk menyamakan kedudukan 1-1.
Stadium Shah Alam, Harimau Muda A berpesta gol pada tirai pusingan pertama dengan membaham SDM Navy 4-0. Ravindran menjadi wira buat Harimau Muda A apabila membolosi gawang yang dikawal Safril Hafizzie pada minit ke-10 dan 48, disusuli Mohd Amer Saidiin (m-37) dan Muhd Ferris Danial(m-77). bharian
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!