Pages

Friday, May 6, 2011

(Gambar) Lelaki Tikam Tunang Sah Mati Minum Racun

Seorang pekerja kilang yang dipercayai minum racun rumpai selepas menikam janda muda yang juga merupakan tunangnya berubi-tubi hingga mati di stesen minyak tempat wanita itu bekerja disahkan meninggal dunia kelmarin. Shahimi Ismail, 37, mati pada pukul 11.55 malam ketika dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ). Dia mati hampir 17 jam selepas membunuh tunangnya.

Menurut sumber, Shahimi minum racun jenis 'paraquat' di kawasan taman rekreasi di Ampang Jajar di sini selepas menikam tunangnya. "Shahimi sempat menghubungi ahli keluarganya sebelum dia ditemui di situ," katanya. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakub ketika dihubungi mengesahkan mengenai kematian Shahimi. kosmo

-- Karimah Mati Ditikam Tunang Di Bukit Mertajam P Pinang
-- Ratna Graduan UKM Mati Ditikam Di Bilik Sewa Di Tmn Mahkota Jln Stadium A Setar
-- (Gambar) Bayi 9 Bln Koma, Alami Pendarahan Dlm Otak Dibaling Bapa Krn Kerap Nangis Di Jasin
-- (Gambar) Budak 4thn Ditemui Lesu Di Sisi Mayat Ibu Dibunuh 3 Hari Lalu

1 comment:

  1. ishkk..apa nak jadilah skrg ni..nyawa manusia dah tak beharga agaknya

    ReplyDelete

Thanks For Your Sincere!!