Pages

Monday, June 6, 2011

AF9: Hazama, Lena, Azri Iringi Fina Ke Final, Erul Tersingkir

Hazama, Lena dan Azri diumumkan mara ke pentas akhir program Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) pada penghujung konsert separuh akhir yang berlangsung di Studio 1, Astro, di sini, malam Sabtu. Hazama berjaya mendapat undian tertinggi sebanyak 29 peratus dan diikuti oleh Lena dan Azri, masing-masing dengan 25 peratus.
Manakala Erul terpaksa meninggalkan AF9 kerana mendapat undian terendah iaitu 21 peratus. Ketiga-tiga pelajar itu akan mengiringi Fina yang layak secara automatik selepas menerima imuniti pada konsert kelapan, minggu lalu. Konsert akhir AF9 akan berlangsung pada 12 Jun ini pukul 9 malam di Dataran Putrajaya, Putrajaya.

Mengulas tentang pemilihan empat finalis berkenaan, penerbit eksekutif AF9, Irwan Rauf berkata, keputusan tersebut dilakukan demi menyuntik kelainan pada konsert akhir kelak. "Pemilihan empat pelajar bersaing di final adalah keputusan daripada pihak produksi yang ingin menampilkan kelainan pada tahun ini. "Kami ingin melihat persaingan yang lebih sengit. Dengan adanya empat finalis, mereka akan lebih fokus untuk menampilkan persembahan yang terbaik," katanya.


Tambah Irwan, gimik ketika pengumuman para finalis dilakukan adalah bertujuan untuk memberikan kejutan kepada penonton. "Kami memang merancang untuk mengumumkan nama-nama finalis secara dua peringkat yang berasingan bagi memberikan kejutan. "Mungkin ramai yang mengandaikan kesemua pelajar akan mara ke final tetapi hakikatnya pelajar yang mendapat undian terendah tersingkir pada penghujung konsert," katanya.

Pada malam itu, Lena menyampaikan lagu Badarsila nyanyian asal Datuk Siti Nurhaliza, diikuti Erul (Nadiku - Sabhi Saddi), Azri (Here Without You - 3 Doors Down) dan Hazama (Angin - Dewa 19). Fina yang dikecualikan daripada penjurian dan undian dalam konsert kesembilan itu turut mempersembahkan lagu duet Kekanda Adinda bersama Monoloque. Para pelajar membuka tirai konsert dengan lagu Kalau Cinta yang dipopularkan oleh Aliff Aziz dan Joanna serta lagu bonus Never Say Never nyanyian Justin Bieber pada penghujung konsert.

Selain pengkritik tetap Fauziah Datuk Ahmad Daud dan Hattan, konsert tersebut turut diserikan oleh penyanyi Datuk Siti Nurhaliza yang bertindak sebagai pengkritik dan penyanyi undangan. Konsert akhir AF9 yang bertempat di perkarangan Dataran Putrajaya itu diadakan secara terbuka bagi meraikan konsert penutup program itu selepas sembilan tahun bersiaran. AF9 diacarakan oleh hos popular, Aznil Hj Nawawi. mstar

-- (Video) Prema Yin: Uols Tgk Sndri Video Ni Unsur Lucah Ke Tak?
-- RM400 Tempah Myvi Model Baru Mulai 4 Jun 2011, Pelancaran 16 Jun Di PWTC
-- Gambar Fasha Sandha Di Majlis Harijadi Jejai

No comments:

Post a Comment

Thanks For Your Sincere!!