Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas) melakar sejarah apabila muncul sebagai syarikat pengeluar motosikal tempatan yang berjaya memperkenalkan sebuah motosikal elektrik pertama di negara ini melalui pelancaran Modenas CTric.
Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Abdul Halim Ismail (gambar) berkata, kenderaan yang berkuasa elektrik sepenuhnya itu dilengkapi lima unit bateri asid plumbum 12V/20AH berasaskan teknologi Gel Nano sebagai tenaga penggerak. Menurutnya, bateri dengan jangka hayat sebanyak 500 kitaran itu mempunyai nilai pembelian semula dan penggunaan kuasa elektrik sebanyak satu sen bagi setiap kilometer.
"Dengan kelajuan purata 30 kilometer sejam (km/j), motosikal CTric berasaskan teknologi hijau ini berupaya mencapai jarak sejauh 60 kilometer pada setiap cas penuh. "Kenderaan ini amat praktikal serta sesuai bagi mereka yang bergerak dalam radius 30 hingga 50 kilometer sehari," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran motosikal Modenas CTric semalam. kosmo
-- Myvi 1.5 : Gambar, Harga Dan Spesikasi Terkini
-- (Gambar) Remaja Kena Tembak UPP Di Hospital Tumpat
-- Datuk Siti Nurhaliza Bakal Sertai Askar Wataniah
-- (Gambar) Fasha Sandha Di Parti Halloween
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!