Cayalah Datuk Siti, bakal sertai Askar Wataniah slps direstui Datuk K. Bukan calang-calang wanita yg sanggup join jalani latihan 39jam dlm masa setahun cmtu kan, tahniah Datuk Siti.
- Penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dijangka menyertai Rejimen Askar Wataniah dalam masa terdekat. Menurut Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Siti bersetuju menyertai pasukan tersebut selepas direstui suami, Datuk Khalid Mohd Jiwa.
"Siti bersetuju menyertai Askar Wataniah atas sokongan suaminya," katanya pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 Jabatan Latihan Khidmat Negara dan Pemakaian Pangkat Kolonel Kehormat kepada Ketua Pengarah jabatan itu Datuk Abdul Hadi Awang Kechil di Kementerian Pertahanan di sini, Khamis.
Seorang lagi penyanyi, Jaclyn Victor, dan bekas pengacara TV3 Maznah Zolkifli turut melahirkan hasrat menyertai pasukan sukarelawan itu. Tambah Ahmad Zahid, dia turut mengajak beberapa pelakon lelaki untuk menjadi askar wataniah. "Mereka dijangka menyertai dalam masa terdekat dan majlis pelancaran akan dijalankan sebelum mereka menjalani latihan sebelum bulan Ramadan," katanya.
Sesiapa yang menyertai Rejimen Askar Wataniah perlu menjalani dan menamatkan latihan 39 jam dalam masa setahun mengikut kelapangan masing-masing sebelum ditauliahkan. Ahmad Zahid berkata selebriti yang menyertai rejimen itu dapat dijadikan sebagai ikon untuk menarik minat lebih ramai individu di bawah usia 35 tahun menjadi askar wataniah. petikan mstar
-- (Gambar) Datuk Siti Nurhaliza Di Perasmian Masjid Al-Khalidiah Sg Petani, Tahniah
-- (Gambar) Perkahwinan Rabecca Nur Al Islam Dan Nor Azam Datuk Sulaiman
-- (Gambar) Pelajar Histeria Mahu Terjun Bangunan Di SMK Abu Bakar Temerloh
No comments:
Post a Comment