- Impian Malaysia muncul antara empat pasukan terbaik pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan semakin kabur apabila tunduk 2-5 di tangan juara bertahan India. Kekalahan Malaysia kali ketiga berturut-turut itu juga semakin menutup ruang anak buah Tai Beng Hai untuk beraksi dalam perlawanan merebut tempat ketiga dan keempat pada kejohanan edisi ke-20 itu. India menebus kekalahan di tangan Malaysia pada separuh akhir Sukan Asia 2010, dengan mendahului 4-1 pada separuh masa.
India mula mengatur gerakan dengan penuh bersemangat dan memperoleh gol pertama pada minit kelapan menerusi Roshan Minz yang berjaya mengatasi penjaga gol negara Roslan Jamaluddin. Mandeep Antil menambah jaringan pada minit ke-18 dan empat minit selepas itu Rupinder Pal Singh menghukum benteng pertahanan Malaysia apabila menyempurnakan pukulan sudut penalti.
Malaysia cuba bangkit untuk mengekang gerakan pantas jentera serangan India dan berjaya merapatkan jurang melalui jaringan Mohammad Azammi Adabi pada minit ke-34. Namun, semangat gol pembukaan Malaysia itu lentur seminit kemudian apabila Roshan meledak gol keempat India sebelum babak pertama berakhir. Malaysia kembali pada babak kedua dengan menggandakan asakan dan usaha itu berhasil apabila Mohd Shahrun Nabil Abdullah menjaringkan gol kedua pada minit ke-43.
Ketangkasan penjaga gol India, Bharat Kumar Chetri membaca pergerakan berjaya mematahkan beberapa serangan yang diatur pasukan negara. Mandeep sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke-69 untuk menutup tirai jaringan India. bernama
Keputusan perlawanan lain:
- Australia 5-1 Pakistan
- Britain 3-1 New Zealand
-- (Gambar) 10 Btg Jari Dikerat Ditemui Dkt Tmn Sri Putra Emas, Ngeri Weh!!!!
-- (Gambar) Dua Malam Mayat Atas Siling Rumah, Seram Gilerrr!!!
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
1 comment:
kalah lagi... ape pasal nie malaysia...
Entri terbaru : Aplikasi percuma Chrup Chrup untuk iklan di blog
Post a Comment