ad ld

Pages

Tuesday, May 17, 2011

(Gambar) Kapal MV Finch Misi Bantuan Ke Gaza Diserang Israel

Sebuah kapal misi bantuan kemanusiaan yang ditaja Malaysia untuk rakyat Palestin di Gaza dihalang dua bot tentera laut Israel yang melepaskan tembakan amaran di perairan berhampiran Rafah awal pagi Isnin waktu Malaysia.

Kesemua 12 penumpang dan krew, termasuk dua wartawan dari Malaysia bagaimanapun terselamat selepas tentera laut Mesir datang membantu dan mengiringi kapal MV Finch ke pelabuhan Al Arish di Mesir, menurut wartawan Bernama Mohd. Faizal Hassan yang berada di atas kapal itu.

Kapal bantuan tersebut dengan jurumudi ialah Kapten Jalil Mansor telah berlepas dari Pelabuhan Piraeus, Greece, pada 11 Mei lalu dengan membawa muatan paip PVC sepanjang 7.5 kilometer bagi membantu memulihkan sistem pembetungan yang musnah di Gaza.

Ujarnya, inisiatif kemanusiaan itu dibiayai oleh Yayasan Keamanan Global Perdana Malaysia (PGPF) yang diasaskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. kosmo

-- (Gambar) PASKAL TLDM Bebaskan Kapal MT Bunga Laurel, Selamatkan 23 Org Ditawan Lanun Somalia
-- (Gambar) Majlis Pernikahan Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha Di Alor Setar
-- (Gambar) Gadis Tolak Cinta Disimbah Asid, 'Padan Muka Hang
-- (Gambar) Mangsa Sula Menderita Sakit Di Bandar Tenggara Kulaijaya Johor

No comments: