Manchester United kini semakin hampir untuk merangkul trofi Liga Perdana England buat kali ke-19 selepas menewaskan pencabar terdekat, Chelsea 2-1 di Old Trafford awal pagi tadi. Dengan saingan hanya berbaki dua perlawanan, United hanya perlu mengutip satu mata daripada dua perlawanan menentang Blackburn Rovers di gelanggang lawan atau Blackpool di tempat sendiri nanti. Jika segalanya berjalan lancar, United bakal menjadi pasukan paling banyak memenangi kejuaraan liga domestik, sekali gus mengatasi rekod Liverpool sebelum ini iaitu 18 kali sejak 21 tahun lalu.
Manakala bagi Alex Ferguson yang sudah 25 tahun bersama United, jika ia menjadi kenyataan, ini adalah kali ke-12 dia mengecapi kejuaraan itu selaku pengurus pasukan. Perlawanan awal pagi tadi bagaimanapun tidak seperti yang dijangka apabila United hanya memerlukan masa 30 saat untuk membolosi kubu Chelsea hasil jaringan Javier Hernandez selepas diumpan Park Ji Sung. Nemanja Vidic menambah derita Chelsea dengan menanduk masuk gol kedua pada minit ke-23 hasil hantaran Ryan Giggs.
Hanya di babak kedua, Chelsea mula menggandakan asakan dan memperoleh gol saguhati menerusi Frank Lampard pada minit ke-69. Kejayaan menewaskan Chelsea itu membolehkan United terus mengekalkan rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri musim ini dengan 17 kemenangan dan satu seri. Kemenangan tersebut meletakkan United enam mata di depan dengan mengumpul 76 mata manakala Chelsea kekal di tangga kedua liga selepas Arsenal tewas mengejut 1-3 kepada Stoke City di tempat lawan pada perlawanan terdahulu.
Keputusan itu menyaksikan Arsenal yang menewaskan Manchester United 1-0 minggu lalu terkeluar sama sekali dalam persaingan merebut kejuaraan liga musim ini. kosmo
-- (Gambar) Amy Search Lawat Hairuman Mangsa Renjatan Elektrik Di Hospital
-- (Gambar) Patung Bogel Dijual Secara Terbuka Di Perlis
-- (Gambar) Pelajar Histeria Mahu Terjun Bangunan Di SMK Abu Bakar Temerloh
-- Ratna Graduan UKM Mati Ditikam Di Bilik Sewa Di Tmn Mahkota Jln Stadium A Setar
No comments:
Post a Comment