
Mohamad memberitahu, laporan itu dibuat selepas PBNS mengadakan satu mesyuarat kelmarin berikutan terdapat beberapa bukti kewujudan komplot mengatur keputusan perlawanan. “Hasil daripada mesyuarat itu kita memutuskan untuk membuat laporan polis bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat secara terperinci perkara ini. “Walaupun berat untuk melakukannya (laporan polis) tetapi saya mahu perkara ini disiasat segera bagi memastikan ‘wabak’ ini dapat dibanteras segera demi kebaikan perkembangan sukan bola sepak tanah air,’’ tegas Menteri Besar Negeri Sembilan itu pada sidang akhbar di Wisma Negeri di sini semalam.
Skuad Rusa yang kini mengumpul 20 mata, menduduki tangga ketujuh Kumpulan B dalam saingan Liga Piala Presiden selepas mengharungi 18 perlawanan. Dalam saingan yang hanya berbaki dua perlawanan itu, Negeri Sembilan hanya mencatat lima kemenangan, lima seri dan lapan kekalahan. kosmo
-- Fizz Fairuz Bagi Amaran Kat Fasha Sandha
-- (Gambar) Isu Bomoh, Laser Malaysia vs Indonesia Final Piala Suzuki AFF 2010
-- 7 Kali Gugurkan Bayi Dlm 4 Tahun, Tabik Sama Lu!!!!
No comments:
Post a Comment