
Majlis berkonsepkan moden dan tradisional itu berlangsung di Dewan Perdana Felda, Jalan Mentakab, di sini, malam Sabtu. Ia dihadiri lebih 800 tetamu termasuk kedua-dua ibu bapa pengantin iaitu Abd Jamil Talib (bapa Zed), Fauziah Hassan (ibu Zed), Mustafa Kamal Datuk Seri Hussein (bapa Nelly) dan Norijah Datuk Seri Mohd Bahri (ibu Nelly). Turut hadir, rakan artis seperti Iqram Dinzly, Misha Omar, Ahmad Idham, Julia Ziegler, Aril (AF7), Intan Ladyana, Kamal Adli, Fizz Fairuz, Emelda Rosmila, Zehra Zamri, Adib (Fabulous Cat), Zizi (Fabulous Cat), Datuk Yusof Haslam dan Datuk Aziz Singah.
Bagaimanapun, Zed menjelaskan bahawa tindakan tersebut perlu dilakukan untuk memberi laluan kepada pengantin dan melancarkan perjalanan majlis. Dua puluh pengawal yang bertugas ditaja oleh Epanco bermula dari majlis pernikahan hingga majlis resepsi pada malam ini. Tugas mereka adalah untuk memberikan laluan kepada kami dan melancarkan majlis. “Tetapi dalam masa yang sama, saya turut risau dengan perjalanan majlis ini. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar hasil kerjasama ramai pihak dan seperti biasa mungkin ada sedikit kesilapan,” kata Zed dalam satu sidang media ditemani isterinya.

Selepas berkahwin, Zed dan Nelly kini menetap di kediaman aktor itu di Damansara Perdana, di sini. Pasangan yang berkenalan menerusi laman sosial Facebook itu bernikah pada 29 April lalu di Restoran Felda Villa, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Zed menganggarkan keseluruhan kos perkahwinannya melibatkan lebih RM100,000 termasuk belanja hantaran. mstar
-- Bila Anak Erra Fazira Dan Dynas Mokhtar Bersama
-- (Gambar) Majlis Pernikahan Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha Di Alor Setar
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- Ratna Graduan UKM Mati Ditikam Di Bilik Sewa Di Tmn Mahkota Jln Stadium A Setar
No comments:
Post a Comment