ad ld

Pages

Sunday, May 1, 2011

(Gambar) Perkahwinan William Dan Kate Middleton

Bukan sekali tetapi dua kucupan, Putera William dan Kate Middleton dengan wajah berseri-seri kini sah sebagai pasangan suami isteri yang akan mewarisi takhta diraja Britain pada masa hadapan. Mereka kelihatan tenang ketika majlis berlangsung dengan sesekali William dilihat menoleh ke arah Kate. Wajah Kate yang disolek sehingga menonjolkan kejelitaannya ternyata menghidupkan mood skrin televisyen. Hampir tiga dekad lalu, bapa William, Putera Charles dan Puteri Diana berkahwin di gereja yang sama, namun janji setia di Gereja Westminster itu berakhir dengan perceraian serta pendedahan skandal memalukan oleh akhbar tabloid.

Dianggarkan hampir sejuta penduduk berbaris di sepanjang jalan dari Gereja Westminster ke Istana Buckingham. Dalam satu acara tradisi di anjung istana, orang ramai bersorak dan bertepuk tangan sebaik saja pengantin diraja itu berkucup sebelum diikuti sorakan 'Cium sekali lagi'. William dan Kate sentiasa tersenyum dan melambai-lambai tangan. Mereka berkucupan buat kali kedua.


Pakar bahasa badan, Peter Collett, pengarang buku The Book Of Tells, berkata, bahasa badan William dan Kate berbeza sama sekali dengan Charles dan Diana 30 tahun lalu. Gerak-gerak William-Kate menandakan perkahwinan mereka akan bahagia dan berkekalan. "Pada tahun 1981, terdapat banyak petunjuk perkahwinan Charles-Diana bakal melalui hari yang suram khususnya daripada gerak-geri Charles. Dia kelihatan gelisah, hanya sedikit perhatian diberikan kepada Diana dan semasa upacara itu, Charles mengelap matanya bukan sekali tetapi dua kali - petanda klasik kesedihan bahkan kekecewaan.

Semasa melambaikan tangan, mereka memandang antara satu sama lain, dan mereka melalui satu lagi momen yang menakjubkan semasa persembahan koir apabila mereka juga memandang serentak antara satu sama lain dan tersenyum bahagia," kata Collett. Peristiwa di balkoni Istana Buckingham itu merupakan kali pertama William dan Kate dilihat berkucup di depan khalayak.


William, 28, sentiasa dekat di hati rakyat berikutan sikapnya yang suka bergurau. Ketika melihat 1,900 tetamu yang menghadiri majlis resepsi perkahwinannya, William sempat berseloroh dengan bapa mertuanya, Michael Middleton. "Kita sepatutnya menganjurkan majlis kecil khas untuk keluarga," kata William. Selepas majlis resepsi di Istana Buckingham, William dan Kate mengejutkan orang ramai kerana memandu kereta sport Aston Martin Volante berwarna biru gelap, lengkap dengan reben dan belon manakala nombor pendaftaran tertera plat 'JU5T WED'. kosmo

-- (Gambar) Kes Bunuh Fazlina Ahmad: Tertuduh Bt Seks Dgn Kekasih Dpn Almari Berisi Mayat Isteri
-- Rita Rudaini Berdamai Dgn Mertua: Aidil Kata Damai, Rita Kata Dusta.. Apa Cer?
-- (Gambar) Majlis Tunang Ashraf Muslim Dan Dayana, Spt Kenduri Kahwin
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!

No comments: