Pages

Thursday, August 4, 2011

(Gambar) Guru Maut Kemalangan Viva Dan Lori Tangki Di Km 54 Jln K Terengganu-Jerteh

Seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Langkap, Setiu terbunuh setelah kereta yang dipandunya berlanggar dengan sebuah lori tangki minyak di Kilometer 54 Jalan Kuala Terengganu-Jerteh dekat Kampung Sungai Tong petang Rabu.


Mangsa Ahmad Yusrizal Yusof, 30, mati di tempat kejadian setelah cedera parah di bahagian muka dan badan akibat perlanggaran tersebut yang berlaku kira-kira pukul 1.35 petang.

Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Supritendan Rohaizat Mohd Ani berkata ketika kejadian mangsa sedang memandu kereta jenis Perodua Viva dalam perjalanan untuk mengambil isterinya, Azlina Mohd Razali yang mengajar di SMK Sungai Tong setelah habis mengajar. Katanya, kejadian berlaku apabila mangsa dikatakan terbabas di satu selekoh tajam sebelum berlanggar secara berhadapan dengan lori tangki minyak kelapa sawit yang dalam perjalanan ke Kota Baharu.

Rohaizat bagaimanapun memberitahu maklumat pemandu lori tangki itu belum diperoleh tetapi difahamkan hanya mengalami cedera ringan. "Ahmad Yusrizal sering berulang ke sekolahnya dari rumahnya di Kuala Terengganu itu meninggal dunia di tempat kejadian," kata Rohaizat ketika dihubungi Bernama.

Kemalangan tersebut menyebabkan kesesakan lalulintas termasuk kumpulan Konvoi Kembara Merdeka yang dalam perjalanan ke daerah Besut untuk menyertai satu program berbuka puasa di Masjid As Solihin dekat Padang Luas, Jerteh. mstar

--  Gambar Harrier Terbabas 3 Maut Di Km 199.1 Plus Dekat Alor Gajah
--  Gambar Kemalangan Maut Di Km 254 Lebuhraya PLUS Tol Senawang
--  (Gambar) Mayat Gadis Kemalangan Viva Dan Lori Tangki Minyak Di Kg Gerai Besut Terengganu 

No comments:

Post a Comment

Thanks For Your Sincere!!