Setelah enam hari bertarung nyawa, seorang bayi berusia lapan bulan
yang mengalami keretakan di tempurung kepala dipercayai akibat didera,
meninggal dunia dalam dakapan ibunya di sini kelmarin.
Bayi malang itu, Nur Irisyafida Balkis Abdul Azim, meninggal dunia
pukul 2.30 petang di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini
setelah dimasukkan ke hospital itu pada 11 Oktober lalu.
Bayi itu yang turut mengalami patah tangan kanan dan kaki kiri
dipercayai didera teman lelaki ibu mangsa, selamat dikebumikan di Tanah
Perkuburan Islam Kampung Tambak di sini, pukul 5 petang semalam.
Ibu mangsa, Rafidah Mohd. Ashak, 29, berkata, ketika dimasukkan ke
hospital Khamis lalu, doktor memberitahu anaknya itu tidak mempunyai
peluang untuk hidup. kosmo
-- Hafiz Pramugara Tersingkir Masterchef Malaysia 2 14.10.12
-- DJ Best 104 Dirompak, 2 Didakwa
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!