Pelagak ngeri Austria, Felix Baumgartner menjadi manusia pertama
bergerak lebih pantas daripada kelajuan bunyi di luar sebuah kapsul
kelmarin. Dia terjun dari kapsul tersebut yang berada setinggi 39 kilometer (km) dari Bumi.
Kapsul tersebut bergerak ke udara dengan menggunakan belon helium. Ia mengambil masa lebih dua jam untuk tiba pada ketinggian 39km dari Bumi. Kelajuannya mencecah 1,342 kilometer sejam (km/j). Lelaki itu 265km/j lebih pantas daripada bunyi.
Baumgartner, 43, kemudian mendarat dengan menggunakan payung terjun
di sebuah kawasan di sebuah gurun di Roswell, New Mexico, Amerika
Syarikat (AS). Laman web syarikat minuman tenaga Red Bull menyiarkan aksi pelagak
ngeri itu yang memakai pakaian seperti angkasawan semasa dia berada di
dalam kapsul tersebut. Baumgartner menanggalkan topi dan menggenggam kedua-dua tangannya selepas dia mendarat dengan selamat.
"Apabila saya berdiri di atas dunia, anda berasa rendah diri. Anda
tidak berfikir tentang memecahkan rekod lagi. Anda juga tidak memikirkan
untuk memperoleh data saintifik. "Satu-satunya perkara yang anda fikirkan ialah pulang dengan
selamat," katanya selepas dia selamat mendarat kepada wartawan stesen
televisyen CBS.
Dia turut memecahkan rekod sebagai manusia pertama membuat terjunan dari altitud tinggi. Sebelum ini seorang bekas pegawai tentera udara AS, Kolonel Joe
Kittinger memegang rekod itu dengan terjun dari sebuah gondola pada
ketinggian 31 kilometer dari Bumi dengan kelajuan 988km/j pada tahun
1960.
Baumgartner menyatakan pengalamannya terjun dengan lebih laju daripada bunyi itu sukar untuk digambarkan. "Anda tidak mengetahui kepantasan anda," katanya.
Rekod itu kemudian disahkan oleh jurucakap Persekutuan Aeronautik Antarabangsa (FAI) pada sidang akhbar di Roswell, New Mexico. Presiden Austria, Heinz Fischer mengucapkan tahniah ekoran kejayaannya dalam projek terjunan anjuran Red Bull Stratos.
Baumgartner pernah terjun dengan menggunakan payung terjun dari Bangunan Petronas di Kuala Lumpur pada 1999. kosmo
-- Diana Danielle Dan Farid Kamil Nikah 3 November
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!