Itu tidak benar. Saya tidak ‘tweet’ sebegitu’. Demikian reaksi penyanyi yang
terkenal dengan lagu ‘Cinta Muka Buku’, Najwa Latif berhubung
penyebaran mesej bergambar yang menyerupai akaun Twitter miliknya, semalam. Mesej bergambar itu seolah-olah mendakwa peserta himpunan Turun di
Dataran Merdeka semalam melakukan keganasan dan gangguan seksual.
Mesej bergambar itu dikatakan menjadi “viral” di laman sosial dan
mendapat kritikan hebat daripada peminat dan peserta himpunan terbabit
yang kesal dengan tuduhan liar tersebut malah ia turut mengaitkan
seorang isteri pemimpin tertinggi negara.
Najwa atau nama sebenarnya, Imratul Najwa Abdul Latif mendakwa
kenyataan yang dimuat naik dengan menggunakan laman mikro, Twitter
menyerupai akaunnya itu dipercayai direka oleh pihak tidak
bertanggungjawab dengan tujuan menjatuhkan reputasinya sebagai seorang
artis yang berhijab. Menurutnya, perkara itu disedari pada lewat malam semalam selepas
membuat persembahan sempena sambutan ambang tahun baharu 2014 di Dataran
Merdeka, Kuala Lumpur.
“Itu tidak benar, saya tidak ada ‘tweet’ sebegitu, dan saya boleh
katakan ia palsu. Setakat ini benda itu tiada dalam Twitter saya
sendiri, jadi, saya rasa itu adalah palsu, ada orang lain edit, mungkin
menggunakan perisian grafik komputer. “Semalam, selepas saya buat persembahan di Dataran Merdeka anjuran DBKL
dalam pukul 1 pagi saya perasan perkara itu,” katanya ketika dihubungi
Sinar Harian Online, hari ini.
Najwa turut menafikan terlibat dengan sebarang aktiviti selepas selesai
membuat persembahan di Konsert KL New Year Countdown 2014’ anjuran
Dewan Bandar raya Kuala Lumpur (DBKL). “Saya memang berada di Dataran Merdeka kerana ada persembahan tahun
baru. Cuma, saya tidak terlibat dengan apa-apa aktiviti selepas itu. “Saya menyanyi pada jam 11.15 malam, ketika itu keadaan masih tenang
lagi. Tiada apa-apa yang berlaku dan semua orang masih OK. Sekitar jam
11.40 malam saya sudah berada dalam kereta untuk balik,” katanya.
Biarpun perkara tersebut telah menjejaskan reputasinya, namun Najwa
tidak berhasrat untuk membuat laporan polis dan sudah memaafkan pelaku
tersebut. “Setakat ini tiada (laporan polis) kerana saya sebelum ini pernah kena, apa pun berlaku saya maafkan. “Apa pun Tuhan tahu, dan apa yang berlaku semalam, pengurus saya, kakak
saya tahu. Tak perlu nak buat fitnah kerana ia boleh menjatuhkan imej
orang lain juga. Jadi, berhentilah daripada buat perkara sebegitu,”
katanya. sinarharian
-- Video Lucah Guru Perempuan Dan Kekasih Didakwa Di Mahkamah (Gambar)
-- Konsert Tahun Baru Di Dataran Merdeka Dihentikan, Balingan Botol Ke Pentas (Gambar)
-- Wawa Zainal Dan Airel Zafrel Bercuti Di London (Gambar)
-- Nabila Huda Temui Kekasih Baru (Gambar)
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!