Bekas Sultanah Johor, Tuanku Zanariah Tunku Ahmad pada Rabu
memfailkan permohonan ke Mahkamah Syariah di sini bagi mengenapikan
perintah sebelum ini bahawa bekas suaminya Almarhum Sultan Iskandar
Sultan Ismail telah menceraikannya.
Menerusi afidavid permohonannya itu, Tuanku Zanariah berkata
keputusan mahkamah bahawa beliau diceraikan pada 23 Januari 2009 adalah
tidak sah. Tuanku Zanariah selaku pemohon memfailkan afidavidnya melalui firma guaman, Tetuan Kamar Ainiah, Raziff & Zashidi di sini.
Beliau diwakili peguam syarie, Kamar Ainiah Kamaruzaman.
Menurut Tuanku Zanariah, Sultan Iskandar tidak pernah membuat
permohonan cerai ke atasnya sehingga bekas sultan itu mangkat pada 22
Januari 2010. Bagaimanapun menurut Tuanku Zanariah, beliau hanya dimaklumkan telah
diceraikan oleh Sultan Iskandar menerusi surat yang dihantar Mufti
Johor, Datuk Mohd Tahrir Syamsuddin pada 22 Ogos 2013.
"Saya menerima tiga dokumen berkaitan diri saya yang sungguh
mengaibkan iaitu surat Menteri Besar Johor bertarikh 9 Disember 2010
yang memaklumkan bahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor telah bersidang
pada 6 Ogos 2010 untuk mengesahkan lafaz tiga talak Almarhum. "Saya juga menerima Perintah dan Penghakiman Mahkamah Rendah Syariah
Johor Baru bertarikh 30 September 2010 yang memutuskan bahawa Almarhum
telah menceraikan saya dengan talak tiga dan oleh itu lafaz rujuk
Almarhum adalah tidak sah.
"elain itu saya menerima Sijil Perceraian bertarikh 8 Oktober 2010
yang mendakwa bahawa Almarhum dan saya telah bercerai pada 23 Januari
2009 dengan dua talak yang berjumlah tiga talak," katanya menerusi
afidavid tersebut. Selain itu menurut Tuanku Zanariah, kes saman asal ke atasnya
berhubung perceraiannya itu bertarikh 30 September 2010 adalah salah,
cacat, defektif dan tidak sah. "Saya mengatakan suatu penyalahgunaan proses mahkamah telah berlaku
apabila mahkamah yang menyiasat kes ini bertindak di atas laporan
'plaintif' sedangkan plaintif telah lama meninggal dunia.
"Selain ianya tidak mematuhi kehendak undang-undang terutamanya
bahawa seseorang yang telah meninggal sejak 22 Januari 2010 tidak
mempunyai kapasiti undang-undang untuk memulakan sebarang prosiding di
mana-mana mahkamah kecuali bagi prosiding yang dibuat oleh wasi atau
pentadbir bagi harta pusaka Almarhum," katanya. Selain itu tegas Tuaku Zanariah, semasa Sultan Iskandar masih hidup,
baginda tidak pernah memfailkan apa-apa prosiding permohonan perceraian
di Mahkamah Syariah Negeri Johor dan Almarhum juga tidak pernah bertitah
atau mewakilkan kepada sesiapapun untuk bertindak bagi pihak baginda
dalam mana-mana prosiding perceraian di Mahkamah. mstar
-- Pernikahan Linda Onn Dan Kerabat Diraja 27 Disember
-- Tan Sri Muhammad Ali Kembalikan Darjah Kebesaran Johor (Gambar)
-- Konsert Tahun Baru Di Dataran Merdeka Dihentikan, Balingan Botol Ke Pentas (Gambar)
-- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!