Pages

Thursday, February 21, 2013

Fizz Fairuz Bertunang Dengan Isteri Orang Azlynn Massiela (Gambar)

Ketika heboh majlis pertunangan rahsia Fizz Fairuz dengan seorang wanita yang berlangsung pada 10 Februari lalu, pelakon tersebut sebenarnya telah bertunang dengan isteri orang. Rahsia wanita yang berasal dari Kuantan, Pahang tersebut terbongkar apabila Fizz sendiri dimaklumkan oleh kawan kepada adik wanita tersebut mengenai status “tunangnya” itu.


“Empat hari selepas bertunang barulah saya tahu wanita itu merupakan isteri orang. Sabtu lalu saya telah berjumpa dengan suami wanita itu. Lelaki itu menjelaskan wanita berkenaan adalah isteri keduanya selepas mereka bernikah di Thailand,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro pada Rabu.

Thursday, February 14, 2013

Ibu Catriona Ross Maut Nahas Kereta - Bas Di Gerik (Gambar)

Ibu kepada pelakon Catriona Ross iaitu Siti Zawiyah Ab Rahman, 63, meninggal dunia apabila kereta yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah bas di Kilometer 61.8 Lebuh Raya Timur-Barat di Gerik, Perak awal pagi Rabu.


Catriona atau nama sebenarnya Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 33, berkata, dia amat sedih dengan kejadian itu dan akan sentiasa merindui Allahyarham.

Sunday, February 10, 2013

Pierre Andre Dan Nurhidayah Bertunang (Gambar)

Tahniah buat Pierre Andre selamat melangsungkan pertunangan dengan Nurhidayah gadis berasal dari Johor. Lama tak dengar citer Pierre ni, tup tup dah bertunang. Semoga segalanya dipermudahkan.


Sama cantik sama padan kan. Tahniah untuk mereka. sumber bnara.

-- Memey Suhaiza Bersalin Awal Dua Minggu (Gambar)
-- Ruby TV3 Episod Akhir Sinopsis

Wednesday, February 6, 2013

Shila Amzah Luah Perasaan Enggan Lagi Dikongkong

Kontroversi melibatkan Sharnaaz Ahmad dan ND Lala membuatkan penyanyi Shila Amzah meluahkan perasaannya tidak mahu terlalu dikongkong lagi oleh keluarganya. Shila menerusi laman Twitter miliknya berkata, walaupun keluarga menjadi keutamaannya, namun pada masa sama dia mahu diberi peluang untuk membuat keputusan sendiri.


"Ya, keluarga didahulukan, tetapi pada masa sama saya ingin peluang untuk membuat keputusan sendiri juga. Saya tidak mahu terlalu dikongkong lagi. Biarlah saya menjadi diri sendiri," katanya dalam Twitter miliknya, Rabu. Tambah Shila, dia kini sedang bersendirian di sebuah tempat bagi mencari ketenangan tanpa keluarga mahupun Sharnaaz.

Aznil Bergelar Datuk (Gambar)

Tahniah buat Pak Nil a.k.a Aznil Nawawi dapat anugerah gelaran Datuk.


Semoga Datuk Aznil semakin kreatif dan hebat dalm bidang yang diceburinya.

-- Memey Suhaiza Bersalin Awal Dua Minggu (Gambar)

Monday, February 4, 2013

Wartawan Malaysia Claudia Theophilus Mati Ditembak Di Lebanon

Seorang wartawan Al-Jazeera warga Malaysia, Claudia Theophilus, 42, mati ditembak di Baakleen, Lebanon kira-kira pukul 2.30 pagi waktu tempatan pada Sabtu. Claudia bersama dua lagi rakannya. Salah seorang daripada mereka melaporkan insiden itu kepada polis.

Polis kemudiannya memaklumkan mengenai berita kematian itu kepada Kedutaan Malaysia di Beirut. Duta Besar Malaysia ke Lebanon, Ilango Karuppannan mengesahkan pada Ahad bahawa Claudia mati ditembak tetapi butiran lanjut masih belum diterima.

Beliau berkata, mayat Claudia telah dibawa ke sebuah hospital di Baakleen dan proses autopsi sudah dilakukan. "Kami dalam perjalanan ke sana sekarang," katanya kepada The Star. Beliau berkata, Claudia tiba di Lebanon pada 28 Januari untuk melawat rakannya di negara itu yang dikenalinya sejak 2010.

Claudia Theophilus merupakan penerbit bahagian online bahasa Inggeris di Al-Jazeera. Dia pernah bekerja dengan The Sun dan Malaysiakini. mstar

-- Ayu Raudhah Mengandung (Gambar)
-- (Gambar) Noramfaizul Jurukamera Mati Kena Peluru Sesat Di Somalia

Saturday, February 2, 2013

Pernikahan Liyana Jasmay Dan Fathuddin Mazlan Di Hotel Seri Pasific KL (Gambar)

Dengan dua kali lafaz, pasangan Liyana Jasmay, 25, dan Fathuddin Mazlan, 29, selamat diijabkabulkan pada pagi Sabtu. Majlis pernikahan mereka diadakan di Hotel Seri Pasific kira-kira pukul 10 pagi.


Acara dimulakan dengan upacara berbalas pantun mengikut adat tradisi orang Melayu lama oleh kedua-dua belah pihak. Pasangan tersebut diijabkabulkan sendiri oleh bapa Liyana iaitu Datuk Jasmay Md Shah dengan disaksikan oleh Pendaftar Perkahwinan dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sahirman Ahmad.