Mohd Saiful Bukhari Azlan akhirnya akan menamatkan zaman bujangnya dengan wartawan penyiaran TV3, Nik Suryani Megat Deraman. Mengesahkan berita berkenaan, Nik Suryani berkata majlis pernikahan 
beliau dan Mohd Saiful akan diadakan pada 25 Mei ini di Masjid Kristal, 
Kuala Terengganu.
Mohd Saiful Bukhari, 28, dan Nik Suryani, 33, telahpun bertunang pada 20 Oktober tahun lalu. "Kami sudahpun bertunang pada Oktober 2012, majlis hanya diadakan 
secara kecil-kecilan yang dihadiri keluarga terdekat," katanya kepada mStar Online di sini, Khamis.
Mohd Saiful Bukhari sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila 
mendakwa pernah diliwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di 
Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada 2008. Beliau adalah bekas pembantu peribadi Anwar.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagaimanapun membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan tersebut tahun lalu. Namun begitu kes tersebut tidak terhenti setakat itu sahaja kerana 
Pejabat Peguam Negara telah membuat rayuan berhubung keputusan kes itu.
Oleh yang demikian, Mahkamah Rayuan menetapkan dua hari mulai 22 
Julai bagi mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan 
pembebasan Anwar itu.
-- Nadia Shahrul Annuar, Bekas Pengacara TV3 Bercerai
-- Ayu Raudhah Bersalin Anak Lelaki (Gambar)
-- Uqasha Senrose Dan Pekin Bercuti Di Phuket (Gambar)
 

No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!