Bedah siasat mayat bayi perempuan berusia enam bulan yang mati di
pusat asuhan Taman Impian Murni, Alma Bukit Mertajam Pulau Pinang mengesahkan punca kematian
bayi itu adalah akibat tersedak susu. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Azman Abd Lah berkata,
Hospital Bukit Mertajam telah memaklumkan penemuan susu di dalam
paru-paru bayi itu dan kes kematian itu diklasifikasikan sebagai mati
mengejut.
"Setakat ini kematian bayi berkenaan tiada mempunyai unsur jenayah," katanya ketika dihubungi, Selasa. Beliau berkata, siasatan awal mendapati bayi perempuan itu diasuh
oleh seorang wanita berusia lingkungan 40-an yang juga kenalan ibu bapa
mangsa. "Menurut pengasuhnya, dia memberi bayi itu minum susu sebelum
menidurkannya di dalam buaian dan selang kira-kira setengah jam wanita
itu mendapati mangsa sudah tidak bernafas," katanya.
Azman berkata, polis telah merekodkan keterangan wanita itu dan ibu bapa mangsa. Dalam kejadian itu Cyndy Koay Xin Lin ditemui mati oleh pengasuhnya
pada kira-kira 11.20 pagi sebelum wanita itu menghubungi keluarga mangsa. mstar
-- Polis Putus Kaki Dirempuh Kereta Stabil (Gambar)
-- Budak 3 Tahun Mati Dalam Kereta Ditinggalkan Lebih 5 Jam
-- (Gambar) Lagi Bayi Mati Tersedak Susu Di Taska
-- Natasha Hudson Tukar Nama Anak Naeema Kalila (Gambar)
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!