"Kalau rasa diri dia (Johan) masih belum bersedia untuk bercinta jangan bercinta dahulu, sepatutnya beri masa dalam sesebuah hubungan sebelum melafazkan cinta. "Nasihat saya supaya dia jangan mainkan perasaan wanita dan berfikir panjang dengan tindakan yang akan dilakukannya," katanya.
Izreen berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tindakan Johan yang memutuskan hubungan dengan pelakon Lana Nordin setelah sebulan menjalinkan hubungan cinta. Tambah Izreen, sebagai selebriti, Johan juga perlu lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan yang melibatkan maruah orang lain. "Saya terkejut dengan berita tentang mereka, kerana pada awalnya saya sangkakan kali ini dia benar-benar serius. "Saya harap dia dapat ambil pengajaran dengan kontroversi ini, ia melibatkan ramai pihak dan maruah keluarga masing-masing," katanya.
Sementara itu, mengulas tentang hubungannya dengan lelaki tersebut yang pernah menjadi kontroversi satu ketika dahulu, Izreen berkata, dia sudah melupakan semuanya dan mempunyai kehidupan yang lebih bahagia sekarang. Hubungan Izreen dan Johan pernah menjadi perhatian media sekitar tahun 2011, apabila wanita itu mendedahkan hubungan percintaan mereka, bagaimanapun dinafikan Johan yang sebaliknya menganggap mereka hanya sebagai kawan rapat sahaja. mstar
-- Resepsi Fizo Omar Dan Mawar Di Kota Bharu Dihadiri Tn Guru Nik Aziz (Gambar)
-- Video Lucah Guru Perempuan Dan Kekasih Didakwa Di Mahkamah (Gambar)
-- Ayah Buat Seks Dengan Anak Mesej Lucah Tiap Kali Isteri Tiada Di Rumah (Gambar)
-- Lana Nordin Tetap Teruskan Niat Ingin Berubah Jadi Muslimah Lebih Baik (Gambar)
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!