Bekas juara tujuh kali Formula Satu (F1), Michael Schumacher,
menjalani pembedahan otak dan dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas
terjatuh ketika bermain ski di pergunungan Alps Perancis, awal pagi
Isnin. Schumacher, 44, yang mengumumkan bersara dari sukan F1, kini dilaporkan dalam koma dan terpaksa menjalani pembedahan neuro.
“Keadaannya kini kritikal," demikian menurut Hospital Grenoble di selatan Perancis dalam satu kenyataan. Schumacher dilaporkan bermain ski bersama anak lelakinya berusia 14
tahun di pusat peranginan Meribel Resort, di mana mereka mempunyai
hartanah di sana sebelum terjatuh dan kepalanya terhantuk pada batu.
Beliau telah dikejarkan ke hospital menggunakan sebuah helikopter,
tetapi jurucakap untuk resort ski tersebut berkata kecederaan Schumacher
tidak begitu serius. Bagaimanapun, Schumacher dipindahkan ke Grenoble kerana kecederaannya dilaporkan serius daripada yang disangka sebelum ini.
-- Resepsi Fizo Omar Dan Mawar Di Kota Bharu Dihadiri Tn Guru Nik Aziz (Gambar)
-- Pernikahan Linda Onn Dan Kerabat Diraja 27 Disember
-- Drama Ammara Batrisya TV9 Lakonan Erra Fazira Umie Aida Dan Adi Putra
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!