Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan
kenaikan tarif elektrik yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2014
nanti sebagai tidak munasabah sekaligus akan membebankan rakyat. Menurutnya, Tenaga Nasional Berhad (TNB) baru-baru ini, telah
melaporkan keuntungan yang tinggi, namun agak mengejutkan apabila tarif
elektrik tetap dinaikkan dengan kadar yang sangat drastik.
“TNB melaporkan keuntungan yang tinggi malangnya tarif eletrik tetap naik dengan drastiknya. “...tahun 2014 tarif elektrik baru bermula.. 2015 GST bermula.. rakyat Malaysia sentiasa ceria dengan kenaikan yang pelbagai. “Jika bulan lepas gula dikurangkan subsidi kerana hendak mengelakkan
rakyat kencing manis.. kini tarif elektrik dinaikkan untuk mengurangkan
penyakit apa pula?” katanya yang dipetik menerusi laman Facebooknya.
Semalam Bernama melaporkan subsidi elektrik dan gas akan disemak
semula, dengan kadar purata tarif elektrik di Semenanjung Malaysia
dinaikkan sebanyak 14.89 peratus atau 4.99 sen sekilowat sejam (KWJ)
kepada 38.53 sen/KWJ, berkuat kuasa 1 Januari 2014. Tarif elektrik semasa ialah 33.54 sen/KWJ. sinarharian
-- Salima AF Isteri Kedua Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre (Gambar)
-- Rabecca Nur Islam Terima Duit Saman Erma Fatima Syiling 5 Sen RM11200 (Gambar)
-- Rogol Gadis 12 Tahun Sebelum Kahwin Kes Pengantin Muda Dibuka Semula
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!