"Saya ingin ibu bapa saya kembali ke rumah dan kami boleh menjalani kehidupan bersama-sama," kata Ammar dalam video yang dirakam awal Januari lalu ketika perbicaraan di Mahkamah Daerah Solna pada Khamis.
Ammar yang kelihatan kecewa meminta polis yang menemuduganya agar membebaskan ibu bapanya secepat mungkin. "Ia satu masa yang panjang. Saya berasa pelik apabila tidak melihat ibu bapa saya selama hampir empat minggu," kata anak kedua daripada empat beradik itu. Ibunya, Shalwati Nurshal dilihat mengesat matanya dengan tisu apabila mendengar kata-kata anaknya itu.
Shalwati dan suaminya Azizul Raheem Awalluddin ditahan 18 Disember tahun lalu selepas Ammar memberitahu kakitangan di sekolahnya bahawa dia telah dipukul. Aduan itu menyebabkan pihak sekolah melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa. Dalam temubual bersama anggota polis itu, Ammar menerangkan ibunya pernah menarik telinganya semasa cuti musim panas ke Jerman.
Pada mulanya Ammar berkata kejadian itu "tidak terlalu teruk, ibu hanya tarik telinga saya". Walau bagaimanapun beliau mendakwa: "kejadian itu tidak memberi kesan secara fizikal, tetapi kesan emosi seumur hidup". Pihak pendakwa yang diketuai Anna Arnell juga dijangka menunjukkan video temubual dengan adik-beradik Ammar iaitu Aishah dan Adam. mstar
-- Nurul Halimin Enggan Komen Jadi Isteri Kedua Sham Kamikaze
-- Saya Dipukul Lebih Seribu Kali Setahun Ammar Anak Azizul Di Sweden
-- Siapa Azizul Dan Shalwati Di Sweden Dari Pandangan Rakan Karib Mereka (Gambar)
-- Guru Sepak Tumbuk Pelajar Diarah Jalani Pemeriksaan Mental (Gambar)
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!