Susulan berita perceraian penyanyi Erra Fazira dan Engku Emran, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memutuskan hak
penjagaan anak, Engku Aleesya diberikan kepada Engku Emran dan hak
bermalam serta lawatan bersama diberikan kepada Erra Fazira apabila
kedua-dua pihak bersetuju mengenainya.
"Mahkamah turut meluluskan permohonan plaintif (Erra Fazira) untuk tidak membuat sebarang tuntutan nafkah edah dan mutaah," ujar Hakim Syarie, Mohammad Adib Husin. Ketika prosiding berlangsung, Erra Fazira dan Engku Emran juga mengesahkan mereka sudah tidak tinggal sebumbung selama setahun enam bulan.
Sementara itu, Erra turut meluahkan rasa syukur apabila semuanya selesai dan berjalan dengan baik. "Segala spekulasi telah terjawab. Saya mohon jangan tanya lagi. Kerjaya menjadi fokus utama saya kini," ujar Erra. mediahiburan
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!