Pelakon Sharnaaz Ahmad menganggap kenyataan Lisdawati yang mendakwa
diserang sehingga menyebabkannya mengalami tekanan darah tinggi adalah
tuduhan mengarut. Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 29, berkata, dia
enggan mengulas panjang berhubung perkara tersebut namun menganggap
Lisdawati bersama suaminya, Fauzi Nawawi sengaja memanipulasi keadaan
apabila mengeluarkan tuduhan sedemikian.
"Mereka memang sengaja memanipulasikan keadaan. Biarlah apa mereka nak cakap... cakaplah. "Buat masa ini saya tidak mahu beritahu apa-apa. Tunggulah... bila
saya bersedia untuk menjawab persoalan semua," katanya. Sebuah akhbar pada Isnin melaporkan Sharnaaz telah menyerang Lisdawati, 35, di lokasi penggambaran drama Bukan Aku Tak Cinta di Sungai Buloh pada 19 dan 21 Februari lalu.
Peristiwa itu menjadi tegang apabila suami Lisdawati iaitu Fauzi
Nawawi, 40, dikatakan menerima khidmat ringkas (SMS) daripada Sharnaaz
berbaur ugutan selepas dia bertanyakan hal berkenaan. Lisda mendakwa mengalami darah tinggi akibat kejadian itu. Dia dan
suami turut membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi pada Sabtu
lalu sebagai langkah keselamatan diri.
Sementara itu, Shaarnaz menambah, dia tidak gentar dengan laporan
polis dibuat mereka kerana dia percaya berada di pihak yang benar. "Senang saja. Kalau dia main cara polis, kita pun main cara polis," ujarnya dalam nada tegas.
Lisdawati pada Isnin pula
berkata, sebagai ibu mengandung, dia tidak mungkin akan memanipulasikan
keadaan kerana dirinya sememangnya diserang Sharnaaz secara mengejut. "Buat apa saya nak manipulasikan keadaan. Dia yang mula dulu. Saya
pun terkejut. Kalau tak percaya, tanyalah pelakon-pelakon yang ada pada
kejadian itu. Saya tak sangka dia berperwatakan begitu," tuturnya yang
mengandung lapan bulan. mstar
-- Zizan Nafi Bercumbu Dengan Emma Maembong Dalam Kapal Terbang
-- Ammar Percaya Ibu Bapanya Akan Didapati Bersalah Dan Dipenjarakan Di Sweden (Gambar)
-- Sharnaaz Dan Shila Terperangkap Dlm Banjir 12 Jam, Naik Lori
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Sincere!!