Pages

Friday, March 21, 2014

Sari Yanti Fail Cerai, Edy Casmadi Tak Setuju Cerai

Saya tidak mahu komen apa-apa kerana bimbang ia bercanggah. Anda boleh tanya dengan Sari Yanti kerana saya bukan artis," kata ahli perniagaan Mohd Eddy Casmady Che Hussin,34.


Ditanya mengenai tindakan isterinya memfailkan penceraian, Mohd Eddy Casmady berkata, dia tidak bersetuju untuk bercerai dengan isterinya. "Sari Yanti tahu saya failkan permohonan nusyuz ini," katanya kepada wartawan selepas selesai prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari.

Terdahulu, mahkamah membenarkan pindaan alamat pada notis saman untuk dikemukakan kepada Sari Yanti Mohd Nazari, 30, (defendan) selepas ia gagal disempurnakan. Hakim, Abdul Halim Abu Samah turut mengarahkan peguam plaintif, Munirah A.Bakar membuat permohonan penyampai ganti secara bertulis.

Sebelum itu, Munirah memaklumkan penyerahan saman kepada defendan dilakukan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan iaitu rumah keluarga Sari Yanti. "Bagaimana pun defendan tiada dan saman tersebut diterima oleh kakak beliau,"katanya. Beliau berkata, pihak plaintif turut diarahkan oleh defendan agar menghantar saman kepada peguamnya. "Untuk makluman, defendan masih belum melantik peguam, oleh yang demikian penyampaian saman tidak dapat dilakukan dengan sempurna," katanya.

Munirah memohon secara lisan kepada mahkamah agar penyampaian ganti secara tampalan di rumah keluarga defendan di Kuala Pilah dilakukan. Afidavit penyampaian telah difailkan dan diserahkan kepada mahkamah kelmarin manakala permohonan Nusyuz difailkan pada 7 Mac 2014. Permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 60 (2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Sebelum ini, Sari Yanti yang merupakan peserta Fear Factor Malaysia itu memfailkan penceraian di Mahkamah Syariah Seremban pada 25 Februari yang lalu. Kes ditangguhkan untuk sebutan semula pada 30 April depan. Pasangan yang berkahwin pada 16 Januari 2009 itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Barr Al Aliy, 4, dan Basit Al-Haq, 2. sinarharian

--  Maira Elizabeth Nari Anak Andrew Nari Pramugara MH370 Tangguh Ambil Keputusan SPM (Gambar)
--  Suasana Pilu Shalwati Dan Adiknya Shalena Bertemu Di Sweden, Hari Lahir Aishah
--  Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
--  Gadis Melayu Pilihan Lelaki Kerana

No comments:

Post a Comment

Thanks For Your Sincere!!